TARIKH : 1 DISEMBER 2014
TEMPAT : SEKOLAH SUKAN MALAYSIA, PAHANG
Seperti biasa, hari ketiga juga dimulakan dengan
perhimpunan pagi. Tepat jam 8.30 pagi semua atlet
telah bersedia di trek dan padang stadium untuk menjalani latihan mengikut
acara masing-masing. Mereka telah
dipecahkan dan dikendalikan oleh jurulatih yang kursus pada bidang
tertentu. Sesi latihan pagi berakhir
pada jam 12.00 tengahari.
Sesi latihan petang bermula pada
jam 4 petang. Atlet menjalani aktiviti
warm up Semua atlet masih tertumpu pada acara masing-masing.
Aktiviti malam pula sekali lagi
menjemput tiga (3) orang pegawai dari Pusat Satelit Institut Sukan Negara
Pahang untuk menyampaikan ceramah bertajuk 'Persediaan Fizikal'. Ceramah tersebut diberikan oleh En. Muhd.
Syukur iaitu pegawai dari bahagian Fisiologi Senam Pusat Satelit ISN
Pahang.
Sebaik sahaja tamatnya ceramah
tersebut, mereka menjalankan satu aktiviti khas untuk atlet iaitu 'fun
games' yang menguji kekuatan atlet.
Program tersebut berakhir pada
jam 10 malam dengan penyampaian cenderahati daripada pihak ISN Pahang kepada
wakil pasukan atlet serta jurulatih dan sesi bergambar beramai-ramai.
LAPORAN OLEH,
NORJIHAN BASHAH
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.