Kem T20 sukan memanah program jangka panjang tahun 2020-2024
bermula pada 21 Disember sehingga 25 Disember 2014 bertempat di Padang Memanah
Stadium Larkin Johor Bahru. Seramai 35 atlet (19 wanita 16 lelaki), 9 jurulatih
dan 3 urua setia telah terlibat semasa kem ini berlangsung. Pada kali ini pihak
urus setia telah melantik jurulatih En. Norhizam Ishak (Juruatih Elit) selaku ketua jurulatih bagi membimbing para
atlet yang akan di bantu oleh 8 jurulatih yang lain.
Pihak urus setia telah memilih Hotel Seri Malaysia Johor
Bahru sebagai penginapan atlet, jurulatih dan uruse setia yang terlibat. Bagi
sesi latihan pula, padang memanah Stadium Larkin di jadikan pusat latihan
sepanjang kem berjalan. Pada hari ini pendaftaran atlet dibuka jam 12 tengah hari bagi atlet yang telah
sampai lebih awal di sini sehinga jam 3.00 petang bagi menunggu kehadiran atlet
di seluruh negeri.
Sesi taklimat daripada urus setia bermula jam 4.00 petang
sehingga 5.30 petang bagi memaklumkan perjalanan program sehingga di
penghujung program kem ini. Pada sebelah malam tepat jam 8.30 malam sesi Klinik
Pengenalan sukan memanah telah diadakan yang dipimpin oleh kesemua jurulatih
yang terlibat. Klinik ini lebih menekankan para atlet kepada teknik latihan
yang betul, peralatan yang digunakan serta fokus didalam latihan serta beberapa
perkara lain yang berkaitan.
Sesi klinik telah tamat jam 10 malam dan akan bersambung
program keesokan hari bermula jam 6.30 pagi dengan perhimpunan pagi dan sesi
ujian kecergasan yang dibantu oleh pihak ISN Nusajaya , dimana ujian ini adalah
untuk mengenalpasti tahap kesihatan dan kecergasan para atlet sebelun
meneruskan kem latihan. Dilampirkan gambar-gambar sekitar perjalanan hari
pertama Kem T20 sukan memanah.
LAPORAN OLEH,
NORISHAH SABIDI
PENGURUS SUKAN PELAPIS KEBANGSAAN
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.