Tuesday, September 25, 2012
World Championships 2012 Valkenberg, Holland (Day 12)
Saturday, September 22, 2012
World Championships 2012,Valkenberg 2012(Day 9)
World Championships 2012,Valkenberg 2012(Day9)
20 September 2012
Salam Sejahtera,
Memasuki hari ke 9 pesiapan World Championships 2012 Valkenberg, Holland pasukan meneruskan aktiviti latihan
seperti biasa dengan sesi pagi merupakan sesi Latihan Rasmi kesemua kategori perlumbaan dan kemeriahan semakin
terasa dan debaran semakin hangat.
Pada sessi pagi hari ini pasukan kebangsaan melakukan latihan rasmi sejauh 150km yang terakhir sebelum meneruskan latihan
ringan dan persediaan perlumbaan seperti pemeriksaan basikal.Semua pelumba berada dalam keadaan baik dan diharapkan
dapat menghadirkan cabaran pada kejohanan kali ini.
Manakala pada sessi petang pula pelumba meneruskan rutin massage bersama Chris Popels.Selain itu pelumba remaja pula diwajibkan
menyertai satu persidangan yang dianjurkan oleh UCI.Satu aktiviti yang menghimpunkan semua pelumba Junior yang bakal menyertai
kejohanan kali ini dengan menjemput idola berbasikal masa kini iaitu Mark Cavendish dan Marieanne Vos.
Selain itu cabaran untuk acara lebuhraya seakan dimulakan oleh pelumba Under 23 negara yang dibarisi oleh Sofian Nabil Omar,
Hamdan Hamidun.Mohd Faiz Izzudn Omar, Zulhilmi Afif Ahmad Zamri dan Nik Mohd Azwan.
Semoga cabaran kali ini akan membanggakan negara.
Sekian Terima Kasih.
Eddie Norshamshidi.
Tuesday, September 18, 2012
Kem Atlet Pelapis Kebangsaan 2012
Buat kali pertamanya, seramai 72 orang atlet daripada 11 jenis sukan di bawah Program Pelapis Kebangsaan menyertai Kem Pelapis Kebangsaan di Kuala Rompin pada 18 -22 Sept 2012.
Tujuan utama kem ini adalah untuk memupuk semangat kerjasama,sepasukan serta menerapkan nilai-nilai kenegaraan kepada semua atlet. Kem yang berlangsung selama 5 hari ini turut diselitkan dengan beberapa sesi ilmu dan pengetahuan berkaitan sukan seperti motivasi dan pemakanan sukan.
Diharapkan agar kem yang dianjurkan ini dapat memberi manfaat kepada semua atlet dan juga mutu sukan negara.
Malaysia BOLEH! !!
azrulhisyam
Saturday, September 15, 2012
World Championships 2012,Valkenberg 2012.(Day3)
World Championships 2012,Valkenberg 2012.(Day3)
World Championships 2012,Valkenberg 2012.(Day2)
Friday, September 14, 2012
World Cahmpionships 2012,Valkenberg 2012.(Day1)
Thursday, September 13, 2012
Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bil 3/12
Mesyuarat Ketua Unit Negeri bagi kali ke 3 tahun 2012 diadakan di Hotel Vistana Pulau Pinang. Disamping membincangkan isu serta perancangan program di peringkat negeri, sesi lawatan semua KUN dan pengurusan Majlis termasuk Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan MSN, En Abd Rashid Yaakob ke Akademi Serantau Zon Selatan di Bukit Mertajam pada petang ini.
Pada sesi malam pula, sambutan Hari Raya di JBS Pulau Pinang akan diadakan bersama-sama atlet dan jurulatih Akademi Serantau.
Bagi semua pegawai, jurulatih dan atlet.....Selamat bermesyuarat dan Selamat Hari Raya....
azrulhisyam
Tuesday, September 11, 2012
Laporan Harian : Intercity Archery Championship
Monday, September 10, 2012
Laporan Harian : Intercity Archery Championship
9 September 2012, 11.00 mlm - Hsinchu, Taiwan
LAPORAN HARIAN : INTERCITY ARCHERY CHAMPIONSHIP
8 September 2012, 10.30 mlm - Hsinchu, Chinese Taipei
Pengurus Pasukan
LAPORAN HARIAN : INTER-CITY ARCHERY CHAMPIONSHIP 2012
7 September 2012, 9.50 mlm - Hsinchu, Chinese Taipei
KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2012
KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2012 (HARI KE-3 / 09.09.12)
Masuk hari ketiga kem atlet mula menjalani rutin biasa kem iaitu latihan di kolam dan dry gym. Sesi latihan bermula pada jam 8.30pagi dengan sesi regangan badan dimulakan. Latihan di kolam berhenti sebaik sahaja matahari mula tinggi pada jam 1045 pagi dan atlet kemudian bergerak ke dry gym MSN Perak dan menjalani latihan sehingga jam 1230 tengahari.
Sesi kedua latihan bermula pada jam 230petang dan telah berakhir awal pada jam 530 petang kerana atlet tidak menjalani latihan kolam disebabkan hujan lebat.
Aktiviti malam atlet pula diisi dengan menonton movie bertajuk The Avenger.
Sekian, terima kasih