DAY 4 dan 5 : LAPORAN KEM BAKAT OLAHRAGA PELAPIS NEGERI, MPSP BUKIT MERTAJAM PULAU PINANG
Kem latihan diteruskan lagi untuk hari ke 4 dengan himpunan pagi atlet bermula dengan nyanyian lagu Negaraku. Pada hari ini hanya kumpulan acara multilateral dan balingan sahaja yang menjalankan latihan di trek manakala bagi kumpulan acara lompatan dan jarak sederhana, pecutan membuat kekuatan endurance di luar kawasan trek.
Acara multilateral mula latihan dengan jumping drills, kekuatan asas dan latihan keseimbangan badan.
Kumpulan acara lompatan, jarak sederhana dan pecutan membuat kekuatan endurance di kaki bukit mertajam. Menurut jurulatih kumpulan ini tujuan latihan ini adalah untuk fitness fizikal dan mental.
Hari terakhir kem latihan seperti biasa dengan nyanyian lagu Negaraku. Pada sebelah pagi telah diadakan ujian asas kecergasan kepada semua atlet, dimana semua atlet dipecahkan kepada 6 kumpulan. Ujian tersebut dibuat adalah untuk menilai tahap kecergasan atlet, antara ujian yang dilakukan adalah seperti standing broad jump, vertical jump, forward throwing 4kg, 30m sprint dan 800m sprint.
Pada sebelah petang pula telah diadakan mini pertandingan untuk para atlet dan seterusnya kem latihan berkumpul untuk mengakhiri kem pada kali ini. Setinggi ucapan terima kasih kepada para jurulatih yang terlibat, SDO dan lain-lain urus setia yang terlibat secara langsung dan juga tidak langsung dan juga pihak USPTN Pulau Pinang yang memberi kerjasama yang baik. Dilampirkan gambar-gambar sepanjang latihan hari ke 4 dan ke 5 kem bakat olahraga pelapis negeri sehingga berjumpa di kem yang akan datang.
Sekian terima kasih
Norishah Sabidi
PPA (P8)
Pelapis Negeri

No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.