Thursday, November 1, 2012

LAPORAN KEM BAKAT OLAHRAGA PN (HARI KEDUA)

SALAM

DAY 2 : LAPORAN KEM BAKAT OLAHRAGA PELAPIS NEGERI PADA 31 OKTOBER 2012 (RABU)


Pergerakan atlet ke Kompleks Sukan MPSP Bukit Mertajam bermula jam 7.50 pagi dengan seramai 57 orang atlet dan 9 orang jurulatih yang turut serta bagi melaksanakan latihan untuk hari yang pertama. Acara dimulakan dengan himpunan ringkas pagi dengan nyanyian lagu Negaraku yang di kendalikan oleh En Fazeli Rosli SDO Negeri Kelantan yang dilantik sebagai Kem Komanden sepanjang kem belangsung.

Atlet-atlet telah di pecahkan kepada kumpulan acara (multilateral, balingan, lompatan, jarak sederhana/jauh dan pecutan) dan dikendalikan oleh jurulatih yang berkenaan. Berikut adalah latihan yang telah diaturkan oleh jurulatih semasa sesi latihan pagi :

Acara : Multilateral
Jurulatih : Mohd Manshahar dan Roslinda Samsu

Latihan sesi pagi :
1. Memperkenalkan denamik warm up secara praktikal.
2. Senaman regangan yang bersesuaian.
3. Permainan kecil yang bersesuaian.

Latihan sesi petang:
1. Latih tubi pergerakkan berjalan.
- Tujuan untuk membentuk koordinasi kekuatan asas dan juga ritma.
2. Kekuatan asas
- Khusus untuk pergerakkan kaki.
3. Regangan static


Acara : Lompatan
Jurulatih : Mazlan (PS) dan Razeileg (PN Melaka)

Latihan sesi pagi:
1. Spesefik regangan - lompatan
2. Larian landas
- Tujuan untuk memperbaiki larian landas atlet dan cara untuk mendarat dengan lebih betul mengikut teknik-teknik yang bersesuaian.
3. Lonjakan
- Menggunakan platform untuk membaiki fasa penerbangan dan lonjakkan yang baik.

Latihan sesi petang:
1. Plyometrix dengan menggunakan hurdle.
2. Bounding.
-Tujuan untuk memperbaiki lompatan.


Acara : Balingan
Jurulatih : Hazzril (PS) dan Zamsairon (PN)

Latihan sesi pagi :
1. Teknik balingan
-Tujuan untuk memperbaiki teknik lemparan cakera dan lembing.
2. Latih tubi
3. Lemparan dan rejaman (guna alat)
-Tujuan untuk memperbaiki teknik dan mengenalpasti kelemahan atlet.

Latihan sesi petang:
1. Warm up
2. Latihan kekuatan kaki
3. Fokus kepada otot-otot utama dalam lontaran - menggunakan mini hurdle

Acara : Jarak sederhana/jauh/pecutan
Jurulatih : Krishnan Thumbusamy (PS), Md Shah Md Nor (PN Johor) dan Mohd Nizam (PN Terengganu)

Latihan sesi pagi:
1. Warm up
2. Speedwork
3. Teknik larian

Latihan sesi petang :
1. Bounding
2. Penggunaan starting blok
3. Latihan kekuatan
- menggunakan medicine ball

Latihan sesi pagi bermula jam 8.30 pagi berakhir jam 11.00 pagi manakala sesi petang bermula jam 4.30 petang berakhir jam 7.00 petang. Untuk makluman, terdapat atlet negeri Kelantan Mohd Syazwan Aziz yang tercedera di kaki (luka kecil sahaja) kerana terpijak starting block sewaktu tidak memakai kasut. Atlet berkenaan tidak perasan alatan tersebut selepas beliau membuka spike selepas membuat latihan. Tiada kecederaan serius yang berlaku.

Pada sebelah malam jam 8.30 mlm sesi diambil oleh Kem Komanden bersama atlet bagi memperkenalkan antara satu sama lain, aktiviti ringan dan taklimat ringkas oleh beliau dan berakhir jam 9.30 mlm. Dilampirkan bersama gambar-gambar latihan yang sedang dijalankan.

Sekian laporan ringkas.

Terima kasih

Norishah Sabidi
PPA (P8)
Pelapis Negeri

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.