Friday, November 23, 2012

KEM BAKAT & PEMILIHAN ATLET PASUKAN YOG 2014

LAPORAN HARIAN

HARI PERTAMA
19 NOVEMBER 2012 (ISNIN)

Seramai 33 orang atlet (20 Lelaki & 13 wanita) telah dipilih untuk mengikuti Kem Bakat & Pemilihan Atlet Pasukan YOG 2014 yang bermula pada hari ini di bawah bimbingan Coach Lee Jae Hyung (Jurulatih Elit) dan Coach Mohammad Marbawi Sulaiman (Jurulatih Elit) dengan bantuan 8 orang jurulatih Pusat Latihan Negeri iaitu En. Nazrin Aizat Mad Nasir (Bekas Atlet Kebangsaan). Puan Fairuz (Jurulatih Elit), En. Jaffery Low Wai Loon (Pulau Pinang), En. Syami Muhammad Fahuzi (Kelantan), En. Amran Hamidi (Selangor), En. Zainuddin Talib (Melaka) dan En. Mohd Shubanthirio Mohd Suhaimi (Perlis).

Pada hari pendaftaran, 2 orang atlet (1 atlet lelaki & satu atlet wanita) tidak dapat hadir ke Kem tersebut atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan iaitu En. Koh Zhen Hau (Selangor) dan Cik Khairunadia Shahrizal (N. Sembilan).

Tujuan utama kem ini adalah untuk memberi peluang kepada atlet-atlet menjalani latihan secara berkelompok disamping mendapat ilmu dan pengalaman daripada Jurulatih Lee Jae Hyung dari Korea. Kem ini juga adalah bertujuan untuk membuat pemilihan awal 8 orang atlet lelaki dan 8 orang atlet wanita untuk persiapan menghadapi Kejohanan kelayakkan ke Temasya Youth Olympic Games (YOG) pada tahun 2014 di Nanjing, China. Kelayakkan ke Temasya YOG tersebut akan bermula di Kejohanan Memanah Remaja Dunia pada 1-8 September 2013. 

Sebelum atlet menghadapi latihan intensif dalam kem ini, satu Ujian Kecergasan telah dilaksanakan ke atas semua atlet yang hadir oleh pihak Institut Sukan Negara. Pada sebelah petang, satu sesi "Theory Basic Shooting Technique & Bow Tuning" telah dikendalikan oleh Coach Lee Jae Hyung sendiri dan dibantu oleh Coach Marbawi serta jurulatih-jurulatih yang hadir. 

Seperti kem-kem yang dulu, pada sesi malam pertama sesi 'Team Building' telah diadakan.

Atlet-atlet yang terpilih ke Kem ini adalah berikut :

Lelaki
1). Muhammad Noor Izzat Iylia Md. Zin (Kedah)
2). Mohd Amer Imran Abdul Manaff (Kedah)
3). Noor Aiman Abdul Hamid (Pulau Pinang)
4). Quak Ting Hua (Pulau Pinang)
5). Muhammad Adam Omar (Pulau Pinang)
6). Muhd Ihsan Shah Shaharudin (Selangor)
7). Muhd Idris Shah Shaharudin (Selangor)
8). Pavithran Ravindran (Selangor)
9). Muhd Zulhafiz Mohamed Yusoff (Selangor)
10). Arriffuddinur Zakaria (Selangor)
11). Mohammad Norhairul Nizam Rosdi (PS/Melaka)
12). Muhammad Qusyairi Mohd Nazri (Melaka)
13). Lugwig Chew (Johor)
14). Wong Song Shen (Johor)
15). Goh Jin Yu (Johor)
16). Muhammad Abdul Latiff (Pahang)
17). Mohd Zarif Syahir Zolkepeli (Terengganu)
18). Ahmad Afiq Akhiroman (Sabah)
19). Mohd Azreen Rajali (Labuan)


Wanita
1). Nurseha Rusli (PS/P. Pinang)
2). Nurdiyana Roslan (Perlis)
3). Fatin Shahirah Mohd Yani (Kedah)
4). Aisyah Farhanah Abdul Manaf (Kedah)
5). Meerosha Balakrishnan (P. Pinang)
6). Syarfa Zulaikha Shabudin (P. Pinang)
7). Hurunnain Abd. Aziz (P. Pinang)
8). Loke Shin Hui (PS / P. Pinang)
9). Teoh Weng Zhing (PS / P. Pinang)
10). Nurul Farrah Hanum Jefry (N. Sembilan)
11). Michelle Sim Zia Ying (Johor)
12). Nur Shafika Shamsuddin (Kelantan)



Di Lapor 
Giam Fook Pang


No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.