Tuesday, September 11, 2012
Laporan Harian : Intercity Archery Championship
Monday, September 10, 2012
Laporan Harian : Intercity Archery Championship
9 September 2012, 11.00 mlm - Hsinchu, Taiwan
LAPORAN HARIAN : INTERCITY ARCHERY CHAMPIONSHIP
8 September 2012, 10.30 mlm - Hsinchu, Chinese Taipei
Pengurus Pasukan
LAPORAN HARIAN : INTER-CITY ARCHERY CHAMPIONSHIP 2012
7 September 2012, 9.50 mlm - Hsinchu, Chinese Taipei
KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2012
KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2012 (HARI KE-3 / 09.09.12)
Masuk hari ketiga kem atlet mula menjalani rutin biasa kem iaitu latihan di kolam dan dry gym. Sesi latihan bermula pada jam 8.30pagi dengan sesi regangan badan dimulakan. Latihan di kolam berhenti sebaik sahaja matahari mula tinggi pada jam 1045 pagi dan atlet kemudian bergerak ke dry gym MSN Perak dan menjalani latihan sehingga jam 1230 tengahari.
Sesi kedua latihan bermula pada jam 230petang dan telah berakhir awal pada jam 530 petang kerana atlet tidak menjalani latihan kolam disebabkan hujan lebat.
Aktiviti malam atlet pula diisi dengan menonton movie bertajuk The Avenger.
Sekian, terima kasih
KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2012
KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2012 (HARI KE-2 08/09/12)
Hari kedua kem bermula dengan sesi pertama iaitu Ujian Kecergasan yang dilakukan oleh Unit Fisiologi Senam,ISN. Sesi bermula pada jam 9pagi dan berakhir pada 1245 petang. Sewaktu sesi ujian diadakan, Pengarah Majlis Sukan Negeri Perak iaitu En Johari Sham B Ahmad Shohor Affendi telah hadir bagi bagi membuat lawatan ringkas sambil diiringi oleh Timbalan Pengarah MSN Perak dan Ketua Unit USPTN Perak. Pengarah meluangkan masa hampir sejam bagi sama sama melihat atlet menjalani ujian kecergasan dan turut berbual dengan Ketua Pusat Fisiologi Senam En Albert.
Sesi kedua kem diteruskan dengan latihan di dry gym selama 2jam 30minit dan bersambung dengan latihan di kolam selama 1jam.
Aktiviti atlet malam ini diisi dengan program permainan yang dirangka oleh Cik Roshidayu sambil dibantu oleh En Zahin. Sehingga kini kesemua atlet masih dalam keadaan baik dan terkawal.
Sekian, laporan ringkas saya.
KEM BAKAT SUKAN TERJUN 2012
Hari ini telah bermula Kem Bakat Sukan Terjun 2012 yang berlangsung mulai 7 hingga 12 September 2012 di Kompleks Renang Bandaraya Ipoh, Perak. Seramai 34 orang atlet dari 36 atlet terpilih bagi mengikuti kem ini. Pecahan atlet adalah seramai 21 lelaki dan 13 orang atlet wanita. Penglibatan atlet terpilih adalah dari kumpulan B sahaja dan ianya adalah hasil kesinambungan kem yang telah diadakan pada November 2011 yang lalu. Hotel penginapan kem adalah di Hotel Fair Park Ipoh.
Sesi pertama kem dimulakan dengan taklimat program pada jam 330 petang di bilik mesyuarat hotel. Selesai sahaja taklimat kesemua atlet dibawa ke kompleks renang bagi menjalani sesi latihan ringan selama 2 jam.
Esok akan diadakan ujian kecergasan yang akan dilaksanakan oleh Unit Fisiologi Senam,ISN. Kesemua atlet berada dalam keadaan baik dan sihat.
Sekian, laporan ringkas dari saya.
Ehsan










































