Laporan Kem Hari ke-3 & 4 (hari terakhir)
5 Ogos : Kesemua kakitangan USPTN iaitu peserta kem bina semangat 2010 masih lagi penuh bersemangat walaupun kesemuanya kepenatan menempuhi 2 hari program sebelum ini. Namun begitu, ia bukanlah satu penghalang buat mereka kerana matlamat mereka adalah meneruskan setiap aktiviti yang dirancangkan tanpa menyerah kalah dan ini adalah objektif utama kem iaitu kekuatan mental dan fizikal haruslah selari. Tahniah buat kesemua peserta. Berikut adalah aktiviti untuk hari 3 dan hari terakhir kem:-
5 Ogos 2010
6.30 - Pembarisan pagi dan senaman
8.30-10.45pg - Latihan tali rendah
11.00-1.00tgh - Pertandingan kayak dan rakit
2.15-4.45ptg - Survivor & Kraf hutan juga demo survivor
5.30- 7.00 - Persiapan Jati diri
8.30mlm-1.00pg -Jati diri & Search and Rescue
6 Ogos 2010
8.30 pg -10.30 pg - Validasi Kursus
11.00-1.00 tghari - Majlis Penutup dan persiapan pulang
1.30 tghari - Pergerakan pulang
Secara keseluruhannya, Kem Bina Semangat USPTN telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Walaupun pelbagai rintangan dihadapi namun program ini telah berjaya diharungi. Penglibatan para peserta boleh dikatakan amat dikagumi kerana kesungguhan dan komitmen yang ditunjukkan dari hari ke hari dan dengan jadual program yang cukup padat. Diharap selepas kem ini,kesemua kakitangan di USPTN dapat menerapkan apa yang dipelajari di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diberikan di negeri dengan lebih baik.
Pada majlis penutup, turut dihadiri Tuan Pengarah Cawangan Pelapis, EN Jefri Ngadirin serta Ketua Unit Cawangan Pelapis En Yazid dan En Izuwan bagi memeriahkan lagi majlis untuk penyampaian sijil dan penyampaian hadiah serta bertemu dengan kesemua para peserta sebelum pergerakan pulang. Saya sendiri turut berharap supaya program sebegini dapat diteruskan kerana ianya memberikan kesan yang positif serta memberi impak yang mendalam. Terima kasih kepada Ketua Unit Cawangan Sumber Manusia, En Azrul Zabani serta kepada para jurulatih yang terlibat serta kerjasama yang diberikan selama 5hari 4 malam program. Sebagai penutup, TAHNIAH DAN SYABAS sekali lagi kepada semua yang terlibat. Malaysia Boleh!!!
~Rashleen~
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.