Tuesday, August 17, 2010

Sukan Olimpik Remaja 2010

Salam,

Pagi ini, kontinjen negara akan meneruskan cabaran yang melibatkan 4 jenis sukan iaitu angkat berat, badminton, pelayaran dan olahraga. Bagi sukan angkat berat, atlet tunggal negara telah menduduki tempat ke 7 daripada 10 orang atlet bagi kategori 58kg wanita. Catatan yang telah dibuat adalah seperti berikut :

Snatch : 70kg
Clean & Jerk : 80kg
Total : 150kg.

Cabaran negara bagi sukan angkat berat berakhir pada hari ini. Namun, sekalung tahniah diucapkan kepada Fatin Atikah.

Bagi sukan olahraga pula, atlet lompat tingi Navin Raj telah layak ke pusingan akhir kategori A pada 21 Ogos nanti setelah beliau berjaya membuat lompatan 2.10m pagi tadi. Manakala Mohd Ajmal Aiman yang baru sembuh daripada demam tidak layak bertanding bagi kategori A setelah hanya mencatatkan 14.54s. Namun, belaiu kan bertanding bagi kategori B.

Secara rasminya sukan pelayaran bermula pada hari ini dan pelayar-pelayar muda negara memulakan cabaran pada jam 2.00 petang.

Petang ini, perlawanan tumpuan peringkat suku akhir bagi sukan badminton adalah diantara Loh Weng Sheng menentang pemain badminton Singapura ( Hung Chao ) kelahiran China pada jam 7.40pm. Manakala Sonia Cheah akan bertemu Sapseree Tearattanachai ( Thailand ) pada jam 7.00 petang di Singapore Indoor Stadium.















No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.