Friday, August 13, 2010

UCI WORLD JUNIORS TRACK CYCLING CHAMPIONSHIP 2010 - update

12/08/2010(Khamis)

Kedua-dua pelumba negara hari ini telah menyertai acara Sprint 200M. Jumlah penyertaan bagi acara ini adalah seramai 55 orang pelumba. Bagi pusingan kelayakan ini, hanya 24 terbaik akan dipilih untuk memasuki ke pusingan kedua.Walau bagaimanapun, kedua-dua pelumba kita gagal untuk menempatkan diri dalam dalam kelompok 24 terbaik dan ini sekaligus menamatkan saingan bagi acara sprint.

Bagi Mohd Fattah Amri Zaid, beliau hanya berjaya menempatkan diri ditempat ke-27 dengan catatan masa terbaik peribadi beliau iaitu 10.943s berbanding 55 pelumba. Untuk Muhd Arfy Qhairant pula telah menduduki tempat ke-32 dengan catatan masa 11.001s.Pencapaian mereka boleh dikatakan agak baik kerana dapat bersaing dan menewaskan pelumba-pelumba remaja dunia yang lain seperti Jepun, Australia, German dan Sepanyol. Untuk makluman semua juga,catatan masa yang dibuat oleh atlet-atlet yang menduduki 24 terbaik ini telah menyamai catatan masa atlet elit Malaysia.

Mohd Fattah telah mengalami sakit gigi. Sejenis ubat telah dibeli dari farmasi berhampiran dan saya hanya memberikan ubat tersebut kepada beliau setelah mendapat pengesahan daripada Unit Anti-Doping kejohanan.

Pada 14/08/2010(Sabtu) lebih kurang jam 10.00mlm waktu malaysia para pelumba kita akan bersaing bagi acara keirin.

--
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN
CAWANGAN PELAPIS

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.