Wednesday, August 18, 2010

Sukan Olimpik Remaja 2010

Badminton

Hari yang kurang ceria buat kontinjen negara terutamanya bagi sukan badminton dimana pemain harapan negara Loh Wei Sheng terpaksa menarik diri pada set ketiga ketika bertemu dengan pemain Thailand, Pisit Poodchalad di peringkat separuh akhir akibat kecederaan buku lali. Pada set pertama, Loh Weng Sheng seringkali melakukan kesalahan dan Pisit mudah menamatkan set pertama dengan kiraan mata 13 - 21. Namun beliau bangkit pada set kedua dan telah menang dengan kiraan mata 21 - 19 walaupun beliau mengalami kecederaan buku lali. Agak malang bagi beliau kerana terpaksa menarik diri pada kiraan mata ke 11 setelah kesakitan yang dialaminya tidak dapat ditanggung lagi.

Namun, pujian harus diberikan kepada beliau kerana telah menunjukkan semangat juang yang tinggi dan kini laporan daripada pihak perubatan masih ditunggu sama ada beliau boleh beraksi atau tidak untuk penentuan tempat ketiga dan kempat menentang pemain daripada Korea.









No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.