Tuesday, August 17, 2010

Sukan Olimpik Remaja 2010

Stadium Tertutup Singapura petang tadi telah dipenuhi oleh peminat-peminat badminton untuk menyaksikan perlawanan diantara pemain negara, Loh Wei Sheng dan Huang Chao bagi peringkat suku akhir perseorangan lelaki. Seperti yang diramalkan, pemain remaja negara telah berjaya melangkah ke perlawanan separuh akhir dengan kiraan mata 21 - 18, 21 - 16. Manakala wakil perseorangan wanita negara pula, Sonia Cheah telah tumbang ditangan pemain Thailand pada peringkat suku akhir dengan kiran mata 15 - 21, 16 - 21. Turut menyaksikan perlawanan ini adalah YB Senator Gan Ping Shou, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.

Perlawanan separuh akhir akan dijalankan pada jam 7.15 diantara Loh Wei Sheng dengan Pisit Poodchalat ( Thailand ) yang telah membuat kejutan menewaskan pemain China petang tadi.

Acara esok yang melibatkan kontinjen negara adalah seperti berikut :

9.50 am Renang 200m Gayabebas - Lai Wei Li
12.00 pm Pelayaran - Perlumbaan ke 3,4 dan 5
7.15 pm Badminton - Loh Wei Sheng













No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.