Salam,
Hari kedua dan ketiga bagi atlet-atlet serta kontinjen negara adalah lebih kepada persiapan terakhir sebelum pertandingan bermula secara rasminya pada 15 Ogos 2010. Kesemua atlet menjalani latihan pada sebelah pagi dan petang. Hujan lebat pada tengahari hingga ke petang semalam sedikit sebanyak mengganggu sesi latihan.
Kesempatan ini juga telah dilakukan oleh Chef de Mission, Alex Lim Keng Liat untuk mengadakan beberapa sesi perbincangan dengan pembantu-pembantu yang ditugaskan oleh pihak penganjur bagi menyelaraskan beberapa isu.
Disamping mengambil tiket pertandingan, pihak urus setia luar telah membuat lawatan ke dewan makan atlet, persiapan CEP, pusat media serta beberapa kemudahan di dalam YOV.
Untuk esok, mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan badminton, renang dan angkat berat akan didakaan.
Sekian
Thank you for all the updates especially the photographs taken at the YOV. All the best to all.
ReplyDelete