Azrul Hisyam
Friday, July 29, 2011
Selamat Maju Jaya Pelajar Praktikal
Lawatan Pelajar UiTM Jengka
Pihak Cawangan mengucapkan ribuan terima kasih diatas kesudian pelajar-pelajar ini membuat lawatan di Cawangan Pelapis.
Azrul Hisyam
Thursday, July 28, 2011
MAKLUMAT PUSAT KECEMERLANGAN SUKAN KPT
Universiti Malaya - bola jaring
Universiti Sains Malaysia - renang
Universiti Kebangsaan Malaysia - kriket
Universiti Putra Malaysia - ragbi
Universiti Teknologi Malaysia - mendayung
Universiti Teknologi MARA - bola sepak
Universiti Utara Malaysia - golf
Universiti Malaysia Sabah - taekwando
PUSAT SUKAN TUMPUAN
Universiti Malaya - badminton
UKM dan UTM - bola tampar
Universiti Putra Malaysia - memanah
Universiti Teknologi MARA - sepak takraw
Universiti Utara Malaysia - ping pong
Universiti Malaysia Sabah - bola sepak
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia - futsal
Universiti Malaysia Sarawak - tenpin boling
Universiti Pendidikan Sultan Idris - hoki dewan
Universiti Sains Islam Malaysia - tae kwan do
Universiti Malaysia Terengganu - squasy
Universiti Tun Hussien Onn Malaysia - silat
Universiti Teknikal Malaysia Melaka - basikal
Universiti Malaysia Pahang - bola keranjang
Universiti Malaysia Perlis - tenis
Universiti Sultan Zainal Abidin - memanah
Universiti Malaysia Kelantan - boling padang
Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) - hoki
Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin, Arau - sepak takraw
Politeknik Merlimau, Melaka - tenpin boling
Kolej Komuniti Hulu Langat - ping pong
Kolej Komuniti Paya Besar, Pahang - bola tampar.
Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bil 3/11
Disamping itu juga, Ketua Unit Perlis iaitu En Hairul Anuar telah menyampaikan taklimat ringkas berkiatan penganjuran Karnival Pelapis yang akan diadakan pada bulan Oktober di Kangar.
Sesi penggulungan atau rumusan mesyuarat ini telah dilakukan oleh En Jefri Ngadirin dan sesi mesyarat ini ditangguhkan pada tengahari.
Kepada semua Ketua Unit Negeri dan Pegawai Pembangunan Negeri, semoga semua selamat sampai ke negeri masing-masing dan selamat menyambut bulan Ramadhan....
Azrul Hisyam
Wednesday, July 27, 2011
Mesyuarat Ketua Unit Negeri Bil 3/11
Azrul Hisyam
Tuesday, July 26, 2011
KELAYAKKAN SEA GAMES 2011
NAMA: MUHAMMAD FIRDAUS MAZALAN
UMUR : 19 TAHUN
PROGRAM : PELAPIS SERANTAU ( SAAS )
ACARA :400M BERPAGAR
CATATAN : 53.24S
KELAYAKAN SEA GAMES : 53.40S
SUKAN : OLAHRAGA
NAMA: AHMAD LUTH HAMIZAN
UMUR : 18 TAHUN
PROGRAM : PELAPIS KEBANGSAAN
ACARA :3000M LARI BERHALANGAN
CATATAN : 9:27.21S
KELAYAKAN SEA GAMES : 9:27.21S
SUKAN : OLAHRAGA
NAMA : MOHD BAIHAQI RAZLAN
UMUR : 18 TAHUN
PROGRAM : PELAPIS KEBANGSAAN
ACARA : 400M BERPAGAR
CATATAN : 52.60S
KELAYAKAN SEA GAMES : 53.40S
SUKAN : MENEMBAK
NAMA : JOHNATHAN WONG GUANJIE
UMUR : 19 TAHUN
PROGRAM : PELAPIS KEBANGSAAN
ACARA : AIR PISTOL
CATATAN : 575 MATA
KELAYAKAN SEA GAMES : 575 MATA
Monday, July 25, 2011
Keputusan Hari Kedua Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan KOAM 2011
Tarikh: 23 & 24 Julai 2011
Asslammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Pada hari kedua kejohanan mempertandingkan 19 acara akhir iaitu:
5000m (Lelaki/Wanita)
Lontar Peluru (Wanita)
Lompat Jauh (Lelaki/Wanita)
Lompat Tinggi (Wanita)
Merejam Lembing (Lelaki)
Melempar Cakera (Lelaki)
Baling Tukul Besi (Lelaki)
Lompat Bergalah (Wanita)
400m Lari Berpagar (Lelaki/Wanita)
200m (Lelaki/Wanita)
800m (Lelaki/Wanita)
3000m Lari Berhalangan (Lelaki)
4x400m (Lelaki/Wanita)
Berikut adalah diantara keputusan pertandingan yang dijalankan:
Acara: 5000m Lelaki Akhir
1. R. Venugopal (WP) - 15:43.50s
2. Nik Fakaruddin Ismail (ATM) 15:46.88s
3. Shahruddin Hashim (WP) - 16:11.60
Acara: Lompat Jauh Wanita Akhir
1. Nursyaidatul Nadia (Kedah) - 6.05m
2. Nurul Fatimatul Zahrah (ATM) - 5.75m
3. Ng Khai Lee (ATM) - 5.51m
Acara : Lompat Tinggi Wanita Akhir
1. Sandiyani (Selangor) 1.71m
2. Puteri Nurliyana Megat Hajat (Kedah) - 1.65m
3. Norliyana Kamaruddin (N.Sembilan) - 1.65m
Acara: Lompat Jauh Lelaki Akhir
1.Camillus David (WP) - 7.36m
2. Jen Chan Guo (ATM) - 7.36m
3. Muhammad Hakimi (ATM) - 6.88m
Acara: Melempar Cakera Lelaki Akhir
1. Mohd Hafiz Hashim (ATM) - 37.62m
2. Muhammad Azwan Fahmi (Kedah) - 37.22m
3. Mohd Alif Hanif (Terengganu) - 35.83m
Acara : 400m Lari Berpagar Lelaki Akhir
1. Mohd Firdaus Mazalan (N. Sembilan) - 53.24s (Layak ke Sea Games 2011)
2. Muhamad Firdaus (Kedah) - 54.71s
3. Abdul Azlan (ATM) - 55.11s
Acara: 400m Lari Berhalangan Wanita Akhir
1. Emmy Hakim (Sabah) - 65.65s
2. Wong Pui Yee (WP) - 66. 28s
3. Leung Ann Gie (Selangor) - 66.80s
Acara: 200m Wanita Akhir
1. Siti Zubaidah (ATM) - 24.34s
2. Siti Fatima Mohamad (ATM) 24.83s
3. Zaidatul Husna (P.Pinang) - 24.99s
Acara: 200m Lelaki Akhir
1. Mohd Shamimi Azmi (N.Sembilan) - 21.77s
2. Sebastian Lee (Sabah) - 22.07s
3.Mohd Izzudin Yahya (Perlis) - 22.11s
Acara: 800m Lelaki Akhir
1. Mathialagan Subramaniam (ATM) - 1:51.18s
2. Nik Hafiz Mohamad (Kelantan) - 1:54.71s
3. S.Siveshankaran (N.Sembilan) - 1:58.74s
Acara: 800m Wanita Akhir
1. Faradilah Razmie (Sarawak) - 2:28.07s
2. Nik Norzulaili Nik Wil (ATM) - 2:34.76s
3. Prisheila Devi Somasundrum (N.Sembilan ) - 2:55.68s
Berakhir sudah Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan KOAM 2011. Tahniah pada yang berjaya terutama kepada atlet Pelapis Serantau, Mohd Firdaus Mazalan (N.Sembilan) kerana berjaya melayakkan diri ke Sea Games 2011.
Sekian, terima kasih.
Disediakan oleh:
Nor Shilawati
Sunday, July 24, 2011
Keputusan Hari Pertama Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan KOAM 2011
Tempat: Stadium Kangar, Perlis
Tarikh: 23 - 24 Julai 2011
Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Pada hari pertama Kejohanan Olahraga Tertutup Kebangsaan KOAM 2011 mempertandingkan 21 acara akhir iaitu:
20KM Jalan Kaki (Lelaki & Wanita)
10000m (Lelaki)
Merejam Lembing (Wanita)
Lompat Kijang (Lelaki & Wanita)
Lompat Tinggi (Lelaki)
Baling Tukul Besi (Wanita)
Lompat Bergalah (Lelaki)
Lempar Cakera (Wanita)
110m Lari Berpagar (Lelaki)
100m Lari Berpagar (Wanita)
100m (Lelaki & Wanita)
400m (Lelaki & Wanita)
1500m (Lelaki & Wanita)
3000m Berhalangan (Wanita)
4 x 100m (Lelaki & Wanita)
Berikut adalah sebahagian daripada keputusan acara akhir yang dipertandingkan pada hari ini:
Acara: 20km Jalan Kaki Akhir (Lelaki)
1. Loo Choon Sieng (ATM) - 1:32.59s
2. Dhibanraj Theyagason (ATM) - 1:37.52s
3. Teoh Boon Lim (WP) - 1:39.13s
4. B.Thirukumaran (WP)- 1:40.32s
5. Mohd Azizi Anuar (K'tan) - 1:40.46s
Acara: Lompat Kijang Lelaki (Akhir)
1. Mohd Ammar Fitri (ATM) - 15.71m
2. Muhammad Hakimi Ismail (ATM) - 15.23m
3. El Said (Sabah) - 14.97m
Acara: Lompat Kijang Wanita (Akhir)
1. Noor Amira Mohd Nafiah (ATM) - 12.58m
2. Norsyaidatul Nadia (Kedah) - 12.54m
3. Norina Damnoen (ATM) - 11.62m
Acara: Lempar Cakera Wanita (Akhir)
1. Yap Jeng Tzan (ATM) - 43.56m
2. Choo Kang Ni (Johor) - 33.16m
3. Loo Li Jun (Sarawak) - 32. 59m
Acara: 100m Lari Berpagar Wanita (Akhir)
1. Raja Nursheena Raja Azhar (ATM) - 13.39s
2. Nurfazlinda Shafie (Perlis) - 14.37s
3. Naja Natasha (Perlis) - 15.20s
Acara: 110m Lari Berpagar Lelaki (Akhir)
1. Rayzam Shah Wan Safien (Sabah) - 14.00s
2. Mohd Robani Hassan (WP) - 14.05s
3. Mohamad Rohaizad Jamil (ATM) - 14.46s
Acara: 100m Wanita (Akhir)
1. Siti Fatima Moahamd (ATM) - 12.07s
2. Komala Shally (Perak) - 12.27s
3. Yee Yi Ling (ATM) - 12.36s
Acara: 100m Lelaki (Akhir)
1. Mohd Azhar Md Ismail (ATM) - 10.79s
2. Mohd Izzudin Yahya (Perlis) - 10.98s
3. Eddie Edward Jr (Sabah) - 10.99s
Sekian, terima kasih.
Laporan disediakan oleh:
Noshila
Saturday, July 23, 2011
KEM BAKAT MEMANAH PELAPIS NEGERI 2011: 22 JULAI 2011 (JUMAAT)
LAPORAN RINGKAS
22 JULAI 2011 (JUMAAT)
Seperti hari-hari yang lain, aktiviti bermula pada jam 8.00 pagi dengan pemanasan badan dan latihan 'shooting' menggunakan Tera Rubber Band yang telah dibekalkan selama 1 jam. Sesi 'Scoring Sistem' 50m yang dijadualkan terpaksa di tukarkan kepada hanya 'Shooting Skill' atas pemintaan jurulatih-jurulatih atas sebab pemanah-pemanah masih tidak dapat menguasai teknik shooting yang betul.
Pada sebelah petang aktiviti diteruskan dengan ' Shooting Skill 30 meter'. Cuaca pada petang ini amat panas dan aktiviti dapat dijalankan seperti yang telah dirancangkan. Sesi petang di akhiri dengan 'relaxation therapy'.
Aktiviti sebelah malam, diteruskan dengan sesi motivasi yang bertajuk " Kerjaya Dalam Sukan " oleh Tuan Hj. Md. Saadon bin A.Shukor dari Institut Sukan Negara.
Laporan disediakan oleh:
Giam Fook Pang
Thursday, July 21, 2011
KEM BAKAT MEMANAH PELAPIS NEGERI 2011: 20 JULAI 2011 (RABU)
LAPORAN RINGKAS
20 JULAI 2011 (RABU)
HARI KETIGA
Pada hari ketiga Kem ini berlangsung, atlet-atlet menunjukkan peningkatan dari segi semangat sepasukan dan menunjukkan sikap ingin lebih tahu mengenai kemajuan diri dan juga mematuhi semua arahan daripada jurulatih-jurulatih. Sesi pagi bermula dengan 'basic shooting' menggunakan Tera Rubber Band yang telah dibekalkan selama 1 jam dan jurulatih membuat pembetulan ke atas kesilapan yang dibuat oleh semua pemanah. Selepas waktu rehat pada jam 10, latihan menggunakan anak panah dimulakan pada jarak 10m.
Sesi petang bermula jam 2 petang dengan penyambungan 'basic shooting' selama 1 jam dikuti oleh latihan menggunakan anak panah pada jarak 10m dan dipantau oleh semua jurulatih . Sesi petang berakhir pada jam 6 petang dengan sesi 'cooling down' dan 'relaxation therapy'.
Pada sesi malam pula, satu tayangan video bertajuk "The Blind Side" di pertontonkan kepada semua pemanah-pemanah. Tujuan video tersebut ditayangkan adalah untuk memberi kesedaran kepada para pemanah betapa pentingnya untuk kita membuat keputusan, mempertahankan maruah diri dan semangat setiakawan. Sesi tamat pada jam 10.30 malam.
Wednesday, July 20, 2011
KEM BAKAT MEMANAH PELAPIS NEGERI 2011:19 JULAI 2011 (SELASA)
19 JULAI 2011 (SELASA)
Pada sesi sebelah malam hari kedua, program diteruskan dengan sesi bersama 2 orang pemanah yang telah mengharumkan nama negara setelah membantu negara layak ke Sukan Olimpik 2012 London secara merit. Dua pemanah tersebut adalah En. Khairul Anuar & En. Haziq Kamaruddin dan dengan penampilan 2 bekas pemanah dari Program Pelapis yang semestinya akan menaikkan lagi semangat pemanah-pemanah di dalam Program Pelapis Negeri dengan menjadikan mereka sebagai idola untuk terus memajukan sukan Memanah di Malaysia.
Kedua-dua pemanah telah menceritakan bagaimana mereka berkecimpung dalam Sukan Memanah dan macam mana datang minat untuk terus mengejar impian untuk mencapai tahap yang paling tinggi. Mereka juga berkongsi pengalaman duka dan kejayaan sepanjang penglibatan mereka dalam Sukan Memanah dan akhirnya dapat mencapai kejayaan yang manis.
Selepas perjumpaan dengan 2 pemanah tersebut, sesi diteruskan dengan motivasi oleh En. Ibrahim Mohamed. Beliau telah menanyangkan klip video yang memerangsangkan semangat pemanah-pemanah dalam Kem ini. Tujuan video klip tersebut adalah untuk menyedahkan dan perbezaan semangat di antara Orang Kurang Upaya dan orang biasa.
KEM BAKAT SUKAN MEMANAH PELAPIS NEGERI 2011: HARI KEDUA
LAPORAN RINGKAS
19 JULAI 2011 (Selasa)
HARI KEDUA
Pada sesi pagi hari kedua, pemeriksaan peralatan telah dilakukan dan jurulatih mendapati bahawa kesemua tali perlu ditukarkan. Jurulatih bertungkus lumus untuk menyiapkan tali baru dan 're-center' semua bow untuk persiapan esok hari. Dalam masa yang masa kesemua pemanah telah menjalani latihan tarik getah mengunakan Tera Rubber Band yang telah dibekalkan untuk Kem ini.
Pada jam pukul 2 petang, semua atlet bergerak ke Institut Sukan Negara untuk menjalani sesi Ujian Kecergasan. Hanya seorang pemanah daripada Pulau Pinang tidak dapat menjalani Ujian tersebut disebabkan beliau kurang sihat (tekanan darah rendah). Belia telah di bawa ke ISN untuk menjalani rawatan dan dinasihatkan untuk berehat. Ujian Kecergasan tamat pada jam 4.15 petang.
Tuesday, July 19, 2011
KEM BAKAT MEMANAH PELAPIS NEGERI 2011: HARI PERTAMA
LAPORAN RINGKAS
18 JULAI 2011 (ISNIN)
Hari Pertama
Seramai 14 atlet lelaki dan 9 atlet wanita telah melaporkan diri (senarai asal 16 atlet lelaki & 13 atlet wanita) pada Kem Bakat ini yang akan berlangsung pada ketetapan berikut :
Tarikh : 18 Julai hingga 24 Julai 2011
Bertempat : Kompleks Sukan MSN Keramat, Taman Keramat, Kuala Lumpur
Tujuan Kem Bakat ini dijalankan adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan prestasi atlet muda sebagai persiapan awal dalam mengejar cemerlangan Sukan Memenah di negara ini. Kem Bakat ini dikendalikan oleh jurulatih yang bertauliah dan berpengalaman daripada Pelapis Kebangsaan dan dibantu oleh 5 jurulatih Pusat Latihan Negeri. Taklimat mengenai program kem telah diadakan pada 8.30 malam.
Senarai Jurulatih Yg Mengendalikan Kem
1. En. Othman Abdul Wahab (Pelapis Kebangsaan)
2. En. Syami Fauzi (Kelantan)
3. En. Jaffrey Low Wei Loon (Pulau Pinang)
4. En. Amran Hamidi (Selangor)
5. En. Zainuddin Talib (Melaka)
6. En. Paul Leong (Sabah)
Pegawai (SDO)
1. En. Muhammad Rasidi Baharom (Perlis)
2. En. Lutfi Asiman (Melaka)
3. Cik Siti Radziah Abd. Sahar (Johor)
Atlet-atlet yang disenaraikan untuk mengikut Kem;
Atlet Lelaki
1. En. Besree Euen Chua Angakis (Sabah)
2. En. Adam Wong (Sabah)
3. En. Muhd Imran Shah Shaharudin (Selangor)
4. En. Muhd Idris Shah Shaharudin (Selangor)
5. En. Muhd Ihsan Shah Shaharudin (Selangor)
6. En. Quak Ting Hua (Pulau Pinang)
7. En. Noor Aiman Abdul Hamid (Pulau Pinang)
8. En. Mohammad Norhairul Nizam Rosdi (Melaka)
9. En. Muhammad Qusyairi Mohd Nazri (Melaka)
10. En. Amirul Fareez Jefry (N. Sembilan)
11. En. Chan Ren Ken (Perak)
12. En. Muhammad Ikram Joni (Kelantan/Pelapis Serantau)
13. En. Muhd Lukman Fitri Jasli (Kedah/Pelapis Serantau)
Atlet Wanita
1. Cik Nurul Ain Hussin (Melaka)
2. Cik Siti Nurmahatun Najihah Sanusi (N. Sembilan)
3. Cik Sunantra A/P Su Chat (Perak)
4. Cik Nur Azirah Abd. Rahman (Perak)
5. Cik Mega Rajiman (Sabah)
6. Cik Meerosha A/P Balakrishnan Thevar (Pulau Pinang)
7. Cik Loke Shin Hui (Pulau Pinang)
8. Cik Siti Nor Hatika Ibrahin (Terengganu/Pelapis Serantau)
9. Cik Nur Naseha Rusli (Pulau Pinang/Pelapis Serantau)
Laporan disediakan oleh:-
Giam Fook Pang