LAPORAN DARI SHARJAH UAE
KEJOHANAN ASIAN CYCLING CHAMPIONSHIP 2010
Kesemua kontingen basikal Malaysia ( kumpulan pertama) seramai 26 orang pegawai,isn, perubatan, jurulatih dan atlet telah selamat sampai di Dubai pad jam 3.00 a.m dan sampai di hotel penginpan pada jam 6.00 am. Kelewatan sampai di hotel peninapan kerana masseur Cheng Jia Meng(ISN) dari China di tahan di Emugresen UAE kerana tidak mempunyai VISA. Masalah ini dapat diselesaikan setelah Hj Kamaruddin (Pengurus pasukan Elit) dan pihak Penganjur berjumpa dengan pihak emigresen dan bas terpaksa menunggu mereka selama 2 jam. Keadaan atlet masih letih memandangkan penerbangaan mengambil masa sehingga 7 jam dan terpaksa menunggu di airport lebih daripada 2 jam.
Pagi ini sejurus selepas check in di Hotel semua atlet di beri taklimat oleh pengurus pasukan dan jurulatih program seterusnya dimana atlet di beri masa berehat sehinga makan tengah hari dan setelah selesai makan mereka diarahkan untuk memasang basikal masing-masing di tempat penyimpanan basikal kerana pada jam 4.00 petang latihan di jalanraya selama 1 jam bagi menyesuaikan diri dengan cuaca.
Cuaca pada sebelah tengahari dan petang mencecah 32 celcius.
Berikut maklumat kontigen pasukan Malaysia junior
Jurulatih
Suod Hussin
Mahazir Hamad
Rohaizad Aman
Atlet
Muhd Fattah Amri Zaid - Sprinter
Muhd Hazmer Azeman -Sprinter
Muhd Affy Qhairant -Sprinter
Sofian Nabil - Sprinter
Mohd Hamdan Hamidon -Endurance
Mohd Mustaqim- Endurance
Muhd Al Ghazali -Endurance
Wan Syazwan- Endurance
Muhd Syahriwan Md Sahri -Endurance
Amirul anuar Jafri-Endurance
Jupha Somnet -Sprinter
Nurazimah- Endurance
Atlet Elit (Track)
Azizul Hasni
Rizal Thisin
Amir Mustafa
Akmal Amrun
Hafiz Sufian
Harrif Salleh
Edrus Yunus
FAtehah Mustafa
Elit Lelaki Road
Anuar manan
Ahmad Fallanie
Adiq Husainie
Zamri Salleh
Ng Yong Li
Haidar Anuawar
Muhd Rizuan Zainal
Elit Wanita Road
Nurul Hmar Badeuzaman
Noor Azian Alias
Mariana Mohd
Kontigen Malaysia sampai di Dubai secara berperingkat-peringkat dimana atlet elit road (kumpulan kedua) akan sampai dari thailand pada malam ini.
Program bagi esok (8/4/2010)
Managers Meeting -Acara Road
Upacara perasmiaan di Velodrom jam 5.00 pm.
Sekian.
--
AZRAIN MOHAMED YUSOF
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.