Monday, April 12, 2010
KEM BAKAT BERBASIKAL TREK PELAPIS WANITA SIRI 01/2010 - DAY 1
LAPORAN HARIAN KEM BAKAT BERBASIKAL TREK PELAPIS WANITA SIRI 01/2010
TARIKH: 11/04/2010
Kem pada kali ini telah diketuai oleh En. Eddie Norshamsidi Abd. Rashid(Jurulatih Akademi Serantau P.Pinang). Ini adalah kerana ketua jurulatih Pelapis iaitu Cikgu Suod Husain telah mengetuai pasukan Pelapis ke Kejohanan Berbasikal Asia(ACC) di UAE.
Antara jurulatih-jurulatih yang turut terlibat pada kem kali ini adalah seperti berikut:-
1. Abd. Razak Kamis (Akademi Serantau)
2.Rozimi Omar (PN Terengganu)
3. Hatta Abdullah (Akademi Serantau)
4. Shahril Abu Bakar (PN N.Sembilan)
5. Ghafuan Ghazali (PN Kedah)
6. Hishamuddin Mohd Zaki (PN Perak)
7. Jamaluddin Idris (PN Perak)
8. Auina Idris (PN Terengganu)
9. Beatrice@Betty Alfred Lajawa (PN Sabah)
10. Mohd Fauzi Hashim (PN Pahang)
Jumlah rasmi peserta kem pada kali ini adalah seramai 39 orang dimana mereka ini telah dipilih melalui Kejohanan Berbasikal Trek Pelapis 01/2010 yang lalu.
Cuaca
Pagi: Baik
Petang: Baik
Aktiviti
Sessi Pagi
Hari ini merupakan hari pertama peserta kem memulakan program.Untuk sessi pagi hari ini, para peserta kem dibawa ke Velodrom menjalani latihan dan juga warm-up. Walaubagaimanapun, pada sebelah petang, para peserta tidak dapat menggunakan kemudahan veledrom kerana pihak Majlis Bandaraya Ipoh(MBI) mahu membuat penyelenggaraan seperti mengecat semula line, tukar kayu dan sebagainya. Ini adalah sebagai persiapan untuk Kejohanan Berbasikal Trek Sport Excel pada 16-18 April 2010 ini.
Sessi Petang
Oleh kerana tidak dapat menggunakan veledrom, para peserta dibawa untuk menjalani latihan lebuhraya dengan jarak kayuhan sejauh 60KM dan mengambil masa lebih daripada 2 jam.
Sessi Malam
Pada sebelah malam, para peserta kem diberi taklimat dan penerangan mengenai Pengenalan, Veledrom, Acara dan Undang-undang. Sessi ini telah dikendalikan oleh Pn.Beatrice Alfred Lajawa.
Kecederaan/Kemalangan/Kurang Sihat
Seorang atlet dari W.P Kuala Lumpur pengsan sewaktu membuat latihan roller dan dikenalpasti hanya kurang cergas. Tidak ada sebarang penyakit yang berkaitan ataupun kronik. Sengah jam kemudian atlet tersebut telah cergas seperti biasa.
--
Sekian, terima kasih
RASHID RAMLI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.