salam..
8 Apr 2010
Khamis...Hari 11
Hari terakhir World Laser 4.7 Youth Championship 2010 Pattaya, Thailand. Hari ini penentu bagi gelaran siapa World Champ 2010. Malaysia tidak terkecuali menaruh harapan kepada pelayar wanita kita iaitu Nor Amirah Hamid salah seorang pelayar yang akan dinobatkan sebagai world champ bagi ketegori bawah 18 girls laser 4.7. Untuk hari ini R11 dan R12 dimulakan lebih awal dari jadual yang telah ditetapkan. Jam 1100 hr pelayar mula turun kelaut kerana 1200 hr akan dimulakan bagi R1 dengan keadaan angin 8-10 knot dari arah SW dan sedikit ombak besar (chopy) cuaca boleh dikatakan agak panas sedikit dari hari-hari yang sebelumnya. Keadaan sebegini tidak menjadi halangan kepada pelayar kita mungkin sudah menjadi kebiasaan pada mereka.
R11 permulaan yang penuh dengan debaran, start yang pertama hafizan menamatkan perlumbaan ditempat yang ke 30..start yang kedua nur amirah menamatkan perlumbaan di tempat yang ke 7 dan start yang ketiga fazarikman menamatkan perlumbaan ditempat ke 25. R12 LAST RACE perlumbaan terakhir yang menetukan siapa bergelar juara dunia untuk kelas laser 4.7. Start yang pertama hafizan menamatkan perlumbaan di tempat yang ke 43 dan untuk start yang kedua amirah menamatkan perlumbaan di tempat 1st. Bagi start yang ketiga faza menamatkan perlumbaan di tempat 29th.
Keputusana Penuh
Nur Amirah Hamid = 2/40 pelayar (2nd World Champ) U18
Mohamad Noorhafizan Yusaran = 30th dari 45 pelayar Bawah 18 Boys.
Mohammad Fazarikman Mohd Faudzi = 24th dari 30 pelayar Bawah 16 Open.
Untuk makluman mereka ini adalah yang layak mewakili negara masing-masing dan bersaing untuk gelaran juara dunia bagi kelas Laser 4.7. Walaubagaimana pun tahniah kepada pelayar laser 4.7 kita kerana berjaya menamatkan perlumbaan dengan tiada sebarang masalah yang timbul dan dengan kesunguhan semangat juang yang tinggi maka kita akan memperolehi kejayaanya.
Sekali lagi tahniah kepada Nur Amira Hamid yang berjaya merangkul gelaran 2nd world Champ. Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada pengurusan dan jurulatih MYA yang banyak membantu pelayar kita melakar nama dipersada antarabangsa..dan terima kasih tak terhingga kepada MSN yang banyak membantu sukan pelayaran. Tidak lupa juga kepada semua pihak media dan mana-mana orang perseorangan yang tidak segan silu memberi bantuan kepada kejayaan sukan pelayaran Malaysia di persada antarabangsa. Terima kasih sekali lagi.
Sekian hari terakhir World Laser 4.7 Youth Championship 2010 Pattaya, Thailand
Keputusan terkini boleh dilayari di http://www.laserthailand.org/Results%20World%20Laser%2047%20Youth.htm
Results Under 18 Girls
Scores take into account 2 discards
No Sailno Name Scores 1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
1 AUS 196889 Elks Caitlin, 1993 26.0 (15) (14) 2 1 9 2 1 6 1 4
2 MAS 198111 Hamid Nur Amirah, 1993 29.0 (11) 1 7 4 4 (9) 2 1 8 2
3 AUS 174312 Lane Ashlie, 1993 37.0 10 6 3 6 3 1 (11) 5 3 (11)
Laporan disediakan oleh:
Musmuliadi / Sahril
Pattaya, Thailand.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.