13 APRIL 2010 (SELASA)
CUACA :
PAGI - BAIK
PETANG - HUJAN
AKTIVITI HARIAN
Sesi Pagi
Masa : 8.00 - 12.00 Tengahari
Hari ketiga bermula dengan sesi Bike Fit (Teori dan Praktikal) dari wakil Institut Sukan Negara (ISN), Cik Siti Fuzyma Ayu bt. Mohd Kassim. Tujuan Bike Fit dijalankan bagi mendapat ukuran sebenar basikal mengikut keperluan fizikal atlet. Cik Fuzyma terlebih dahulu menerangkan prosedur - prosedur Bike Fit sebelum menjalankan ujian Bike Fit secara praktikal kepada atlet.

Sesi Petang
Masa : 2.30 - 4.00 ptg
Sesi petang dimulakan dengan pembentangan dari wakil Institut Sukan Negara (ISN), Encik Mohd Izham b Mohamad dengan topik"Healthy Snack for Cycling".Tujuan topik ini dibentangkan bagi memastikan atlet memahami konsep "smart snack", dan mengenal pasti atlet - atlet mempraktiskan amalan snek yang bersesuaian. Pengambilan snack yang betul boleh dijadikan sebagai supplement.
Masa : 4.30 - 6.00 ptg
Latihan lebuhraya terpaksa dibatalkan kerana cuaca tidak mengizinkan dan digantikan dengan latihan ringan dikawasan velodrome Ipoh. Ketua Jurulatih, Encik Eddie Norshamshidi b. Abd. Rashid dibantu Encik Jamaluddin Idris telah menjalankan latihan fizikal untuk meningkatkan tahap fleksibiliti atlet. Selain itu, aktiviti tambahan iaitu mini game " Basikal Lambat" telah dijalankan untuk menguji tahap "handling skill", meningkatkan kemampuan imbangan atlet dan melahirkan keyakinan diri atlet di atas basikal.

Sesi Malam
Masa : 8.30malam - 10.30 malam
Sesi malam diteruskan dengan pembentangan dari wakil Institut Sukan Negara (ISN), Encik Mohd Nizar b. Ahmad Padzi mengenai Psikologi Sukan (Releksasi dan Penumpuan). Atlet diterangkan mengenai cara mengatasi tekanan menggunakan pendekatan releksasi. Releksasi merangkumi cara pernafasan seseorang. Encik Nizar juga menggunakan medium muzik sebagai kaedah untuk membantu proses releksasi.
Kemalangan/Kecederaan
-Tiada-
Sekian, terima kasih
RASHID RAMLI
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.