Wednesday, April 7, 2010
Byte CII World Championship Cannes France
Salam dari Cannes france
Disini cuaca sedikit sejuk iaitu kurang dari 7 darjah celcius.Pelayar
mula bergerak dari hotel pada jam 0830H dan berjalan sejauh 2km dari
tempat penginapan dan sampai di club De cannes pada jam 0900H.
Pada hari ini pengukuran layar dilakukan serta pendaftaran.Semasa
pengukuran dijalan kan pelayar dikehendaki membayar duit ahli Byte
cii(members) sebanyak 25 euro seorang.pendaftaran sebanyak 230euro
seorang.
Coach bot juga tiada masalah.Cuma terdapat sedikit masalah iaitu
pakaian yang sesuai untuk pertandingan kerana shafiq tiada pakaian
kerana disini cuaca serta air yang begitu sejuk.Untuk membeli pakaian
disini semuanya mahal dan tidak termampu.Sekiranya angin bertiup
melebihi 10 knts saya yakin shafiq tidak akan mampu beraksi dengan
baik.
Pelayar telah turun mejalani latihan selama 1 jam bg menyesuaikan diri
dan feed back dari pelayar adalah tidak tahan sejuk kerana masalah
pakaian.suhu air lebih kurang 3-4 darjah celcius.Tiada masalah dengan
bot dan juga layar.
Pada jam 6 ptg waktu France telah diadakan acara pembukaan yang begitu
simple dan ringkas dimana pengacara mengumumkan nama pelayar,negara
dan juga pelayar yang telah layak ke YOG.
Seramai 73 pelayar kesemuanya.kebanyakan pelayar yang dtg adalah
pelayar yg telah layak termasuk juara dunia dari poland dan juga
s'pore.Pertandingna ini juga adalah kelayakan bagi peringkat Eropah.
Esok perlumbaan percubaan akan dijalankan pada 11 pg terus disambung
dengan perlumbaan sebenar.Dijangka 3-4 perlumbaan akan dijalankan.
itu sahaja sedikit laporan dari Cannes France
Bouzius.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.