Laporan Hari ke-3 (28 April 2010)
Seperti biasa atlet PK hanya menjalani latihan sepanjang hari (pagi & petang). Jurulatih bertungkus lumus dalam memberikan tunjuk ajar yang betul sebelum sampai hari pertandingan. Atlet PK menunjukkan tahap latihan yang baik walaupun mereka agak kurang pengalaman dalam penyertaan kejohanan bertaraf antarabangsa. Hari ini tiada sebarang masalah & semua berjalan dengan lancar.
Laporan Hari ke-4 (29 April 2010)
Sebelah pagi atlet PK menjalani latihan dari jam 8.30am - 11.30am & pulang ke hotel pada jam 12.00pm.
Pada sebelah petang pula jam 4.00pm kami bertolak kembali ke tempat pertandingan.Pertandingan bermula pada tepat jam 7.00pm & tamat pada jam 11.30pm (acara tali & gelung). Atlet PK menunjukkan persembahan terbaik tanpa sebarang kesilapan...tahniah buat 2 orang atlet PK iaitu Wong Poh San & Ismahani Mardhiah Mornie.
(keputusan keseluruhan hanya boleh diketahui pada malam ini iaitu setelah keempat2 apparatus dijalankan)
Sy turut membuat beberapa kajian sendiri & perbandingan antara M'sia dan negara luar. Kita terdapat beberapa kelemahan yang perlu diperbaiki antaranya.....kelemahan dari 'difficulty' Mata kita hanya blh capai dalam 5.00 keatas....beza dgn atlet negara lain yang berjaya capai sehingga 7.00. Atlet luar mempunyai kelebihan dan keberanian dalam mengendalikan apparatus masing2 dan berbeza dgn atlet kita terlalu berjaga2 kerana takut jatuh.
Perkara ini telah dibincangkan bersama jurulatih.
Hari ini 2 lagi apparatus yang akan dijalankan iaitu belantan & bola.
Disertakan video2 atlet PK untuk acara semalam.
Sekian dulu laporan dari Melbourne. Laporan seterusnya akan dimaklumkan nanti!
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.