Bermula awal jam 8.00 pagi, pihak urusetia kem dan juga jurulatih telah menyediakan satu MINI COMPETITION untuk semua peserta. Tujuan utama pertandingan ini dilaksanakan adalah bagi membolehkan para peserta mempraktikkan segala teknik dan juga ilmu yang telah dipelajari selama seminggu mereka berada di dalam kem. Antara acara-acara yang dipertandingkan adalah seperti berikut:-
LELAKI
1. SPRINT 200M
2. TIME TRIAL 500M
3. 2 KM
4. SCRATCH RACE
WANITA
1. 200M SPRINT
2.TIME TRIAL 500M
3.2KM
Para Jurulatih telah melibatkan diri sebagai komisar bagi untuk pertandingan ini. Dengan kecekapan dan juga pengalaman jurulatih, pertandingan ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa timbul sebarang masalah yang besar seperti kemalangan ataupun kecederaan.
Keputusan pertandingan adalah seperti di attachment.
JAM 3.00 ptg
Kesemua peserta menghadiri majlis penutup kem di Dewan Makan Atlet Pelapis Serantau Ipoh, Perak. Aturcara majlis dimulakan dengan ucapan Tuan Pengerusi (En. Zahrul Anuar Usaili), Penyelaras Sukan Berbasikal Pelapis Negeri, (Saya sendiri),dan Ketua Jurulatih(Cikgu Suod). Kemudian ianya diteruskan dengan upacara penyampaian sijil penyertaan dan penghargaan kepada atlet dan jurulatih. Seterusnya penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang bagi MINI COMPETITION yang telah dianjurkan pada awal pagi hari yang sama.
Antara input-input yang disampaikan kepada peserta kem adalah seperti berikut:-
1. Mereka akan dinilai pada kejohanan Sirkit PLN Sirkit 01/10 pada 12-15 Mac 2010 di
Velodrom Cheras.
2. Ilmu yang diperolehi semasa kem perlulah dipraktikkan di setiap pusat latihan negeri dan berkongsi pengalaman tersebut dengan rakan-rakan di pusat latihan negeri masing-masing.
3. Tidak ada istilah kedudukan selesa dalam sukan berbasikal. Sebagai contoh sekiranya atlet-atlet ini mampu menewaskan atlet-atlet yang berada di dalam program Pelapis Serantau dan pelapis kebangsaan, mereka berhak dan layak untuk mengambil tempat dan diserapkan ke dalam program tersebut.
Walaupun majlis ini diadakan dalam serba ringkas, tetapi ianya dapat berjalan dengan lancar. Kesemua peserta kem bersurai lebih kurang jam 5.00 ptg.
RUMUSAN
Secara keseluruhannya, keadaan cuaca yang baik telah banyak membantu melancarkan segala perancangan yang telah aturkan untuk peserta kem ini. Walau bagaimanapun, dengan ketidakhadiran beberapa unit dari ISN(Nutrition/Fisiologi) sedikit sebanyak telah memberikan kesan kepada para peserta. Ini adalah kerana atlet-atlet ini amat memerlukan maklumat yang lebih detail tentang pemakanan kerana mereka tidak akan mendapat servis-servis seperti ini di negeri masing-masing.
PERANCANGAN KEM AKAN DATANG
Saya ingin menambah beberapa slot yang baru iaitu slot peralatan dan ujian bertulis tentang sukan berbasikal. Untuk slot peralatan, kita akan menjemput mekanik Pelapis untuk menerangkan setiap kompenen-kompenen yang terdapat pada setiap basikal dan bagaimana cara untuk menjaga dan menggunakannya. Untuk slot ujian bertulis, atlet-atlet ini akan melalui ujian bertulis sehari sebelum tamat kem. Soalan-soalan yang diberikan juga hanyalah berkaitan dengan aktiviti-aktiviti sepanjang kem berlangsung seperti acara kejohanan, nama-nama spare part basikal dan sebagainya. Dengan ujian ini, kita dapat mengenalpasti samada atlet-atlet ini benar-benar faham ataupun tidak tentang apa yang mereka lakukan sepanjang kem berlangsung.
Sekian, terima kasih
RASHID RAMLI
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.