Tuesday, March 2, 2010

Laporan Kem Berbasikal Trek (L&W) Siri 01/10 01.03.2010





Berikut adalah laporan ringkas harian untuk Kem Bakat Berbasikal Trek(L&W) Siri 01/2010 bertarikh 01/03/2010

Cuaca
Pagi: Baik
Petang: Baik

Aktiviti
Pagi
Para peserta kem didedahkan dengan Teknik Sprint dan endurance. kedua-dua kumpulan iaitu KUMPULAN 1 dan KUMPULAN 2 melakukan aktiviti yang sama. Cuma mereka akan lakukan aktiviti ini mengikut KUMPULAN masing-masing.
Unit Biomekanik ISN juga telahpun memulakan tugas mereka pada hari ini. Semua progam sebelah pagi berjalan lancar

Petang
Para peserta didedahkan dengan teknik Team Sprint dan Endurance. Untuk teknik ini, cikgu suod terpaksa memberikan penerangan yang lebih terperinci kerana teknik ini amat sukar dilakukan kerana ianya memerlukan kerjasama berpasukan.
Para jurulatih telah menetapkan mana-mana atlet yang tidak dapat mengikt arahan dengan baik akan didenda.


Malam
Sessi tayangan video. Sessi ini melibatkan tayangan semula kejohanan-kejohanan trek antarabangsa yang melibatkan atlet-atlet Malaysia. Bermula hari ini, segala aktiviti-aktiviti yang melibatkan kelas akan dibuat di Bilik mesyuarat Velodrom Rakyat, Ipoh. Ini kerana bilik mesyuarat MSN negeri telah digunakan oleh pasukan-pasukan SUKMA negeri Perak.


Kecederaan/Kemalangan/Kurang Sihat
2 orang demam. Telah dibawa ke Klinik untuk mendapatkan ubat.

Keseluruhannya untuk hari ini, segala perancangan dapat dilaksankan dengan baik dan lancar.

--
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.