Tuesday, March 2, 2010
Laporan Kem Berbasikal Trek (L&W) Siri 01/10 28.02.2010
Untuk makluman tuan, hari ini bermulalah aktiviti-aktiviti Kem Bakat Berbasikal Trek (L&W) siri 01/2010.
peserta-peserta kem ini telah dipecahkan kepada 2 kumpulan iaitu KUMPULAN 1 dan KUMPULAN 2.
KUMPULAN 1 adalah untuk atlet-atlet yang sudah biasa menaiki trek. Sasaran untuk kumpulan ini adalah untuk membetulkan teknik-teknik kayuhan dan juga perlumbaan.
KUMPULAN 2 terdiri daripada atlet-atlet yang pernah menaiki trek tetapi kurang pengalaman. Sasaran untuk kumpulan ini adalah untuk memberikan pengenalan asas trek seperti kegunaan line trek, Starting Start, Standing start, Flying Start dan beberapa teknik asas lagi.
Cuaca
Pagi: Baik
Petang: Baik
Aktiviti
Untuk sessi pagi, kesemua program kem telah ditangguhkan untuk memberi laluan kepada Kejohanan Sirkit Bulanan MSN yang diadakan di Veledrom Rakyat Ipoh, Perak.
Secara tidak langsung, kejohanan ini telah memberi satu pengalaman dan juga pendedahan kepada para peserta kem kerana mereka telah menyertai kejohanan tersebut. Mereka telah mengambil peluang ini untuk bersaing bersama-sama atlet-atlet di peringkat kebangsaan dan juga elit.
Petang
Program kem disambung mengikut jadual.
Malam
Sessi bersama Cikgu Suod. Beliau membentangkan tentang perkara-perkara yang melibatkan trek seperti acara-acara trek, undang-undang trek, keperluan asas berlumba di trek,cara latihan, warm-up dan sebagainya.
Kecederaan/Kemalangan/Kurang Sihat
Tiada
Keseluruhannya untuk hari ini, segala perancangan dapat dilaksankan dengan baik dan lancar. Komitmen semua jurulatih setakat ini amat membanggakan untuk membantu cikgu Suod.
--
Sekian, terima kasih
RASHID RAMLI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.