Lapuran hari ke Enam 28 Mac 2010
Keadaan hari ini sedikit berubah di mana angin mulai kencang sedikit di mana kekuatan angin hari ini 16 hingga 18 Knot , Ombak masih kekal antara 2 hingga 3 Meter serta suhu jatuh paras 14 darjah. Keadaan ini memberi kelebihan kepada pelayar kita .
Hari ini Pasukan negara boleh senyum sedikit dengan keputusan yang baik bagi beberapa kelas. Kejayaan Khairunnisa yang berpasangan dengan Shiken tiada tandingan bagi mereka dengan terus merangkul pingat Emas walaupun besok ada satu lagi perlumbaan. Mereka tidak perlu bertanding lagi. Manakala pasangan Ku Anas dan Hafizudin juga terus membaiki kedudukan dengan merampas tangga ke dua dari Korea dan mendahului pesaing terdekat dengan 4 mata.
Optimist lelaki dilihat Ahmad latif Khan terus membaiki kedudukan dengan menamatkan perlumaan Hari ini di tempat tempat kedua dan pertama. Menduduki keseluruhan di tempat ke dua merampas tempat rakan senegara Farhan Hamid turun ke tangga ketiga. Manakala Farhan menamatkan perlumbaan hari ini di tempat Ke Empat dan Kedua keseluruhan turun tempat ke tiga keseluruhan. Dimana pelayar China masih mendahulu kelas optimist lelaki .
Manakala dalam kelas Optimist wanita pelayar negara akmar menamatkan satu perlumbaan di tempat pertama dan ke 4.Pelayar Laser Mohd Romzi menamatkan perlumbanan pertama hari ini di tempat ke 5 dan ke 7 dalam perlumbaan ke dua. Membaiki kedudukan di tempat ke Dua keseluruhan menjarakan 4 mata di depan pelayar Korea dan masih kekal di tempat kedua.
Dalam kelas laser radial persaingan 7 penjuru dimana tiga pemenang pingat Sukan Asia dari singapore , Korea ,Japan, Johan dunia dari Thailand Radial Youth , Nizam Juara Laser Radial Youth Europe menjadikan 8 pelayar terbaik Dunia bersaing dalam ketegori ini. Hari ini dua perlumbaan di dahului oleh Khairulnizam tetapi kerana kurang pengelaman di saat akhir di pintas pelayar Korea tamat di tempat Kedua . Pelayar termuda dalam kelas laser Radial mempunyai bentuk badan dan ketinggian yang sama dengan pelayar terbaik yang lain . mempunyai harapan muncul antara pelayar terbaik dalam kelas laser pada masa akan datang. Amat sukar untuk menentukan kedudukan sehingga perlumbaan terakhir dalam kelas Laser Radial ini .
Manakala kala dalam kelas laser Standared pelayar negara Ni Asraf Qaedi masih mencari rentak untuk membaiki kedudukan di mana sekarang jatuh di tempat ke 6.Keputusan dalam Kelas Int 470 yang di sertai oleh Razman dan Hakimi tidak boleh di jadikan ukuran kerana boat sewa yang di gunakan berusia 9 tahun dan juga mengalami kerosakan. Pelayar kita jika mengunakan boat sendiri yang baru di beli kemungkinan keputusan tidak seteruk ini. Mereka juga jika di bandingakan masih muda berbanding dengan pelayar dalam kelas tersebit. Pendedahan lebih perlu di berikan sebelum mereka mendapatkan keputusan terbaik. Negara lain telah 8 tahun membuat persiapan dalam kelas tersebut orang yang sama. Pelayar negara perlu di beri masa untuk memperbaiki pencapaian.
Keputusan sehingga hari ini. selepas 11 perlumbaan :
Optimist
Lelaki;
Pertama - Zhang Xiao (China) - 21 Mata
Kedua - Ahmad Latif Khan - 42 Mata
Ketiga - Farhan Hamid - 42 Mata
Perempuan
Pertama - Nappakao Thailand - 23 Mata
Kedua - Lu Yuting China - 32 Mata
Ketiga - Kimberly Singapore - 34 Mata
Keempat - Yakohama Singapore - 35 Mata
Kelima - Akmar Malaysia - 43 Mata
Keenam Nurniyana Malaysia - 56 Mata
Laser Radial
Pertama Koh Seng Leong Singapre - 27 Mata
Kedua Mohamad Romzi Malaysia - 45 Mata
Ketiga Kim Insub Korea - 49 Mata
Keenam Khairulnizam Malaysia = 61 Mata
Laser Standred
Pertama Ha Jeemin Korea - 15 mata
kedua - Shi Jian China - 25 Mata
Ketiga -Li Xiaojing China - 30 Mata
Keempat Bo Jeong Korea - 45 Mata
Keenam - Nik Ashraf Qaedi - Malaysia - 50 Mata
Ke Tujuh - Harith Ammry - Malaysia - 56 Mata
Int 420 Wanita
Pertama - Khairunnisa/ Shiken Malaysia - 14 Mata ( Emas - Muktamat)
kedua - Rachel /Benita Singapore - 17 Mata
Ketiga - Daniella/ Cheryl Singapore - 29 Mata
Int 420 Lelaki
Pertama - Jastin/Sheman - Singapore - 11 Mata
Kedua - Ku Anas/ Hafizudin - Malaysia - 31 Mata
Ketiga - Lee Sangmin /Hoyeob - Korea - 36 Mata
Int 470 Lelaki
Pertama = Ishikawa/Yahagawa - Japan - 30 Mata
Kedua = Roy JunHao/Seng Kiat - Singapore - 34 mata
Ke tiga - Cheng Hechi/Zhuang Xuehiai - China - 36 Mata
Ke sembilan - Razman/ Hakimi - Malaysia - 72 Mata
Int 470 Wanita
Pertama - Feng Huimin/Huang Lizhu - China - 15 Mata
Kedua - Cai Liping/Gao Yang - China - 16 Mata
Ketiga - Liu Dawn/ Tam Siobhan - Singapore 33 Mata
Ke Lapan Nurul Elia /Siti Noorbaidurah - 72 Mata
Jika keputusan ini kekal inilah pencapaian terbaik negara dalam masa 28 Tahun. Sebelum ini di pakistan pada tahun 1999 Malaysia menang 1 Emas 2 Perak dan 2 Gangsa. Pada kejohanan peringkat Asia Dua tahun sekali ini.
Jika keputusan ini kekal inilah pencapaian terbaik negara dalam masa 28 Tahun. Sebelum ini di pakistan pada tahun 1999 Malaysia menang 1 Emas 2 Perak dan 2 Gangsa. Pada kejohanan peringkat Asia Dua tahun sekali ini.
Sekian lapuran dari China untuk hari ini
Mohd Afendy ABDULLAH
GM MYA
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.