Keadaan hari ini sedikit berubah di mana angin mulai redah sedikit di mana kekuatan angin hari ini 8 hingga 12 Knot , Ombak masih kekal antara 2 hingga 3 Meter serta suhu jatuh paras 14darjah. Keadaan ini menyukarkan atlit Malaysia untuk sesuaikan diri.
Bagaimanapun hari ini Pasukan negara boleh senyum sedikit dengan keputusan yang baik bagi beberapa kelas. Jelas Khairunnisa yang berpasangan dengan Shiken tiada tandingan bagi mereka dengan terus kekal tempat pertama dalam tiga perlumbaan hari ini.
Manakala pasangan Ku Anas dan Hafizudin juga terus membaiki kedudukan dengan merampas tangga ke dua dari Singapore.
Optimist lelaki dilihat Ahmad latif Khan terus membaiki kedudukan dengan menamatkan perlumaan Hari ini di tempat tempat kedua dan pertama. menduduki keseluruhan di tempat ketiga naik 4 anak tangga .
Manakala Farhan menamatkan perlumbaan hari ini di tempat Ke Empat dan Kedua keselurhan merampas tempat ke dua keselurhan. Dimana pelayar China masih mendahulu kelas optimist lelaki.
Manakala dalam kelas Optimist wanita pelayr negara walaupun dua kali mendahulu perlumbaan tetapi tidak dapat kekalkan kedudukan.
Pelayar Laser Mohd Romzi menamatkan perlumbanan pertama hari ini di tempat pertama dan ke 7 dalam perlumbaan ke dua, memperbaiki kedudukan di tempat ke Dua keseluruhan.
Dalam kelas laser radial persaingan 7 penjuru dimana tiga pemenang pingat Sukan Asia dari singapore , Korea ,Japan, Johan dunia dari Thailand Radial Youth , Nizam Juara Laser Radial Youth Europe menjadikan 8 pelayar terbaik Dunia bersaing dalam ketegori ini.
Amat sukar untuk menentukan kedudukan sehingga perlumbaan terakhir. Manakala kala dalam kelas laser Standared pelayar negara Ni Asraf Qaedi masih mencari rentak untuk membaiki kedudukan di mana sekarang masih berada di tempat ke 4.
Manakala keputusan dalam Kelas Int 470 yang di sertai oleh Razman dan Hakimi tidak boleh di jadikan ukuran kerana,, boat sewa yang di gunakan berusia 9 tahun dan juga mengalami kerosakan. Pelayar kita jika mengunakan boat sendiri yang baru di beli kemungkinan keputusan tidak seteruk ini. Mereka juga jika di bandingakan masih muda berbanding dengan pelayar dalam kelas tersebit.
Pendedahan lebih perlu di berikan sebelum mereka mendapatkan keputusan terbaik. Negara lain telah 8 tahun membuat persiapan dalam kelas tersebut orang yang sama. Pelayar negara perlu di beri masa untuk memperbaiki pencapaian.
Keputusan sehingga hari ini. selepas 9 perlumbaan :
Optimist
Lelaki;
Pertama - Zhang Xiao (China) - 14 Mata
Kedua - Mohamad Farhan - 33 Mata
Ketiga - Ahmad Latif - 35 Mata
Perempuan
Pertama - Nappakao Thailand - 17 Mata
Kedua - Kimberly Singapore - 23 Mata
Ketiga - Lu Yuting China - 26 Mata
Keempat - Yakohama Singapore - 32 Mata
Kelima - Akmar Malaysia - 38 Mata
Keenam Nurniyana Malaysia - 41 Mata
Laser Radial
Pertama Koh Seng Leong Singapre - 21 Mata
Kedua Mohamad Romzi Malaysia 34 Mata
Ketiga Kim Insub Korea - 37 Mata
Ketujuh Khairulnizam Malaysia = 53 Mata
Laser Standard
Pertama Ha Jeemin Korea - 12 mata
kedua - Shi Jian China - 17 Mata
Ketiga -Li Xiaojing China - 26 Mata
Keempat Bo Jeong Korea - 34 Mata
Kelima - Nik Ashraf Qaedi - Malaysia - 37 Mata
Ke Tujuh - Harith Ammry - Malaysia - 48 Mata
Int 420 Wanita
Pertama - Khairunnisa/ Shiken Malaysia - 9 Mata
kedua - Rachel /Benita Singapore - 12 Mata
Ketiga - Daniella/ Cheryl Singapore - 18 Mata
Int 420 Lelaki
Pertama - Jastin/Sheman - Singapore - 11 Mata
Kedua - Ku Anas/ Hafizudin - Malaysia - 27 Mata
Ketiga - Lee Sangmin /Hoyeob - Korea - 28 Mata
Int 470 Lelaki
Pertama = Ishikawa/Yahagawa - Japan
Kedua = Cheng Hechi/Zhuang Xuehai - China
Ketiga = Roy JunHao/Seng Kiat - Singapore
Ke lapan - Razman/ Hakimi - Malaysia
Int 470 Wanita
Pelayar negara berada pada kedudukan ke Enam tetapi menarik diri kerana semua pakaian dan perlatan di potong oleh pihak perubatan semasa Siti pengsan keletihan dan kesujukan. ini memyebabkan pelayar tak mempunyai alat ganti untuk belayar.
Sekian lapuran dari China untuk hari ini
Mohd Afendy ABDULLAH
GM MYA
Pengurus Pasukan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.