Thursday, March 4, 2010
Laporan harian Kem Bakat Berbasikal(L&W) Siri 01/10 03.03.2010
Cuaca
Pagi: Baik
Petang: Baik
Aktiviti
Pagi
Hari ini, para peserta kem akan melakukan ulang kaji untuk latihan acara Sprinter dan Endurance. Ini bagi memastikan mereka benar-benar memahami teknik dan acara tersebut.
Petang 3.00 ptg -4.30 ptg
Para peserta diberikan taklimat tentang Bike Fit yang disampaikan Oleh Ketua Jurulatih Berbasikal Pelapis iaitu Cikgu Suod Husain. Dalam slot ini, para peserta akan diajar cara-cara untuk mendapatkan saiz basikal yang ideal mengikut fizikal masing-masing seperti mengukur saiz frame basikal, kedudukan saddle yang betul, posisi badan yang betul dan cara kayuhan yang betul.
5.00 ptg - 6.00 ptg
Para peserta diberikan latihan ringan sahaja dan kemudiannya aktiviti bebas di dalam trek. Satu aktiviti telah diadakan iaitu pertandingan BASIKAL LAMBAT. Mana-mana peserta yang paling lambat sampai ke garisan penamat akan dikira sebagai pemenang. Aktiviti ini adalah sebagai hiburan sahaja dan juga untuk mengurangkan tekanan atlet yang nampak agak kepenatan selepas menjalani latihan. Hasil daripada kutipan wang dari jurulatih kem, para peserta yang menang pertandingan ini telah menerima wang tunai.
Malam
Pada sebelah malam, atlet-atlet ini ditayangkan dengan rakaman semula video sepanjang mereka menjalani latihan. Daripada tayangan tersebut, jurulatih akan menerangkan beberapa kesalahan-kesalahan yang telah dilakukan oleh mereka. melalui tayangan semula ini juga, mereka dapat memperbetulkan setiap kesilapan yang telah dilakukan seperti teknik kayuhan dan teknik perlumbaan. Sessi ini telah dikendalikan oleh Coach Ghafuan.
Kecederaan/Kemalangan/Kurang Sihat
Tiada
Sehingga hari ini, para peserta kem dilihat sudah mula menunjukkan keserasian dan kecekapan dalam menjalani latihan di dalam trek.
--
Sekian, terima kasih
RASHID RAMLI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.