Thursday, March 18, 2010

Kem Olahraga Lompat Bergalah / Tukul Besi / Lari Berpagar - UPDATE





Kem olahraga bagi acara lompat bergalah, tukul besi dan lari berpagar di Kluang, Johor sehingga hari ke tiga berjalan dengan lancarnya. Cuaca panas tidak menganggu latihan yang dijalankan. Atlet-atlet telah mendapat tunjuk ajar dari jurulatih-jurulatih terlibat. Pihak biomekanik ISN telah merakam gambar-gambar atlet terbabit semasa mereka menjalani latihan. Pada sebelah malamnya, sesi video telah dijalankan dan kesilapan-kesilapan atlet telah dikenalpasti. Sesi video dibahagikan pada 3 malam iaitu malam pertama (15 Mac) untuk acara tukul besi, 16 Mac untuk acara lari berpagar dan pada 17 Mac bagi acara lompat bergalah.

Pada 18 Mac, pertandingan bagi acara-acara terlibat akan dijalankan. Dengan tunjuk ajar yang telah diberikan, diharap atlet-atlet ini akan lebih menonjol pada masa-masa hadapan.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.