Thursday, March 18, 2010
LAWATAN PEMANTAUAN PUSAT TINJU SELANGOR
Berikut ini adalah laporan pemantauan yang telah dijalankan bagi sukan tinju pada 22hb Feb yang lalu. Maklumat terperinci mengenai kunjungan kami ke PLN TINJU tersebut adalah seperti berikut :
TARIKH LAWATAN : 22HB FEBRUARI 2010 ( ISNIN )
TUJUAN LAWATAN : PEMANTAUAN PUSAT LATIHAN TINJU
TEMPAT : SEKOLAH AGAMA MENENGAH PASIR PANJANG (Gelanggang Baru)
MASA : 5.00 - 6.30 PETANG
JURULATIH : MD. KAMAL BIN ARSHAD
ATLET : 25 ORANG
LATIHAN/PUSAT LATIHAN
Latihan berjalan seperti biasa kehadiran atlet sekitar pukul 4.30 petang. Keadaan di pusat latihan juga adalah memuaskan dan selesa bagi para atlet dan jurulatih menjalani latihan. Untuk pengetahuan puan, pusat latihan yang telah disediakan adalah di Stadium Sg. Besar, Sabak Bernam, akan tetapi pihak sekolah tersebut berbesar hati untuk memberi dewan sekolah sebagai pusat latihan bagi pelajar-pelajar sekolah tersebut untuk menjalani latihan. Sehubungan dengan perkara tersebut, pihak sekolah telah menubuhkan Kelab Tinju Sekolah serta kehadiran pelajar-pelajar dalam latihan tinju ini akan dimasukkan didalam kokurikulum sekolah pelajar masing-masing. Peralatan latihan telah dibawa dari pusat latihan sedia ada di Stadium Sg. Besar oleh jurulatih Kamal.
KEHADIRAN
Kehadiran atlet ke sesi latihan pada hari tersebut adalah memuaskan di mana seramai 25 orang atlet hadir. Kehadiran ini termasuk atlet-atlet lama yg sedia ada di pusat latihan stadium sg. besar. Sebahagian atlet lagi telah menjalani latihan bersama pembantu jurulatih yang telah dilantik oleh En. Md. Kamal sendiri di pusat latihan stadium sg. besar.
ISU-ISU BERBANGKIT
Tidak ada isu berbangkit memandangkan pertambahan atlet pun telah di buat oleh jurulatih.
Terima kasih.
Laporan di sediakan oleh,
MOHD FIRDAUS ROSLI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.