Saturday, March 6, 2010

LAPORAN HARIAN KEM BAKAT BERBASIKAL TREK PELAPIS SIRI 01/2010 TARIKH: 04/03/2010

CuacaPagi: Baik
Petang: Baik
 
Aktiviti
Untuk sessi pagi hari ini, para peserta kem dibawa untuk menjalani latihan lebuhraya dengan jarak kayuhan 60 kilometer. Kayuhan ini mengambil masa hampir 2 jam. Semuanya dapat menghabiskan kayuhan dan pulang ke Velodrom dengan selamat.
 
Petang 3.00 ptg -4.30 ptg

Unit Psikologi ISN telah mengadakan beberapa aktiviti yang melibatkan ketajaman IQ dan Idea. para peserta diberikan beberapa masalah yang perlu diselesaikan dan mereka mesti menyelesaikan secara bersendirian tanpa bantuan mana-mana pihak. Objektif akitiviti ini ialah untuk melihat keyakinan diri atlet itu sendiri tanpa memikirkan atau bergantung kepada orang lain. Dan mereka perlu membuat keputusan yang tepat sebelum bertindak.
 
Setelah selesai program Psikologi, jurulatih diberi peluang untuk menceritakan pengalaman mereka semasa zaman mereka sebagai atlet dahulu. Coach Razak Kamis telah mengambil peluang ini untuk bercerita dengan atlet tentang susah payah beliau sewaktu menjadi atlet satu masa dahulu. Slot tambahan ini diadakan adalah untuk menunggu cuaca redup sedikit kerana keadaan trek terlalu panas. 
 
5.00 ptg - 6.00 ptg

Cikgu suod telah mengadakan sessi ulangkaji kepada para peserta. Mereka semua diminta untuk melakukan teknik-teknik yang telah diajar pada hari-hari sebelumnya.
 
Malam
Pada sebelah malam, sekali lagi Unit Psikologi ISN mengendalikan program. Pada kali ini program dijalankan secara berkumpulan dan teamwork.
 
Kecederaan/Kemalangan/Kurang SihatTiada
 
Sekian, terima kasih

RASHID RAMLI

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.