Monday, March 29, 2010
LAPORAN KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS SIRI 1/2010
LAPORAN HARI KE-2 DAN KE-3 KEM BAKAT SUKAN TERJUN PROGRAM PELAPIS SIRI 1/2010
Atlet yang terdiri daripada kumpulan A dan B telah dibahagikan mengikut program latihan masing-masing dimana kumpulan A (atlet senior) dikendalikan oleh jurulatih-jurulatih luar negara dan dibantu oleh jurulatih tempatan iaitu Nor Aznizal. Manakala kumpulan B (junior) diterajui oleh jurulatih luar negara, Zhao Xi Yang dan turut dibantu oleh jurulatih-jurulatih tempatan yang lain.
Atlet daripada kumpulan B telah didedahkan dengan latihan yang terdiri daripada latihan-latihan di trampoline seperti take off, a,b,c, ten jump dan 3 jump a,b,c disamping latihan double jack, pike dan handstand. Latihan di air juga melibatkan terjunan straight a.
Atlet daripada kumpulan A pula diberi penekanan dengan latihan-latihan seperti sommersault 102/104 c,b. Latihan juga turut ditekankan kepada latihan di platform (5 set) melibatkan terjunan 102,202,302, 402. Jurulatih juga turut memberi penekanan kepada terjunan-terjunan asas yang akan dipertandingkan semasa dipertandingan mini nanti. Jenis terjunan adalah seperti 1m (201,301), 3m (101,401) dan 5m (front, back entry).
Di kem ini juga, semua pegawai pembangunan negeri (sdo) turut membentangkan mengenai program latihan di negeri masing-masing kepada Pengarah Cawangan Pelapis meliputi aspek seperti maklumat atlet, jurulatih, pusat latihan, perancangan dan program latihan disamping isu dan cadangan yang dibangkitkan.
Laporan di sediakan oleh:
Megat Ahmad Kushairy Abd Aziz
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.