Kejohanan angkat berat Youth Olympic Qualification akan diadakan di Tashken, Uzbekistan pada 7 - 12 April 2010. Ini merupakan peluang terakhir bagi atlet-atlet angkat berat negara bagi melayakan diri ke Kejohanan Youth Olympic Games yang bakal dilangsungkan di Singapura pada bulan Ogos 2010.
Sehubungan demgan ini, satu sesi pemilihan atlet angkat berat telah diadakan di Majlis Sukan Negara pada 5 Mac 2010. Seramai 7 orang atlet telah terpilih bagi mengikuti pemilihan ini. Atlet yang menyertai pemilihan ini adalah :
1. Mohd Anas Malek - Kedah - 56kg
2. Mohd Danie Akmal - Kedah - 56kg
3. Zulhelmi Md Pisol - P.Pinang - 56kg
4. Khoo Jian Peng - Kedah - +94kg
5. Mohd Arifuddin - Pahang - -94kg
6. Wan Nur Waidatulnajwa - Kelantan - 58kg
7. Fatin Atikah - Perlis - 58kg
Pemilihan ini dijalankan dengan baik dan juga turut disaksikan oleh wakil PABM, Tuan Hj. Adzahar Derani. Sebaik sahaja selesai pemilihan,Panel angkat berat dan wakil PABM telah bersidang dan sebulat suara memilih 3 orang atlet angkat berat bagi mewakili cabaran negara pada kejohanan di Tashkent pada bulan April nanti. Atlet yang terpilih adalah :
1. Khoo Jian Peng - Snatch - 110kg , Clean & Jerk - 147kg - Total - 257kg
2. Zulhelmi Md Pisol - Snatch - 92kg, Clean & Jerk - 116kg - Total - 208kg
3. Fatin Atikah - Snatch - 67kg, Clean & Jerk - 83kg - Total - 150kg
Ketiga-tiga atlet ini akan melapor diri bagi menjalani latihan di Majlis Sukan Negara mulai 13 Mac 2010 sehingga bertolak ke Tashkent pada 6 April 2010.
SELAMAT MAJU JAYA
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.