Friday, April 18, 2014

8 ATLET PELAPIS LAYAK KE SUKAN OLIMPIK REMAJA NANJING, CHINA


ATLET PELAPIS MELEPASI KELAYAKAN SUKAN OLIMPIK REMAJA 2014

Susulan dari 6 orang atlet yang layak ke Sukan Komanwel, Glasgow 2014, atlet di bawah program pelapis meneruskan kecemerlangan apabila beberapa atlet layak ke Sukan Olimpik Remaja Nanjing yang akan diadakan pada 16 hingga 28 August 2014 di Nanjing, China nanti.

Melalui sukan memanah, Muhammad Nor Hairulnizam Rosdi dan Muhamad Zarif Syahiir Zilkifli berjaya menempah tiket dalam acara recurve apabila berjaya menempatkan diri dalam kalangan 8 orang terbaik di kejohanan World Archery Youth Championship Wuxi China pada 13 hingga 20 Oktober tahun lalu.

Manakala Praveen Nair Mathavan menggalas cabaran dalam sukan ekuestrian dalam acara show jumping apabila mencatat masa 129.07s dalam kategori A di Youth Olympic Jumping Qualifiers and Fei World Jumping Challenge Bukit Kiara 2013.

Pada tahun ini pula, atlet dari sukan Pelayaran menyusul apabila Asri Azman dan Nurshazrin Mohd Latif masing-masing beraksi cemerlang dalam acara Byte CII dengan kedudukan Nurshazrin di tempat pertama dan Asri di tempat ke empat di kejohanan Byte CII Asian Championship Qualification Langkawi pada 9-14 Februari 2014.

Atlet tunggal dari sukan Gimrama iaitu Olivia Tai Qing Tung mencuri tumpuan apabila mengutip 1 emas, 1 perak dan 1 gangsa di kejohanan 13th Junior Rhythmic Gymnastics Asian Championship pada 18-25 Februari 2014 yang melayakkan beliau ke Sukan Olimpik Remaja di Nanjing.

Atlet Pelapis Kebangsaan dari sukan akuatik terjun Loh Zhia Yi turut menyertai rakan-rakannya layak ke Nanjing apabila berjaya mendapat tempat ke 7 di YOG Qualifying Tournament Mexico pada 1-2 Mac. 10 terbaik dalam kejohanan ini layak ke Sukan Remaja Asia.

Baru-baru ini pula, pasukan Taekwondo Malaysia membawa pulang berita gembira dari Taiwan apabila keputusan rasmi telah dikeluarkan oleh World Taekwondo Federation di dalam laman webnya di mana pasukan Taekwondo negara telah layak ke Temasya Remaja Olimpik di Nanjing China melalui Mohana Priya a/p Mariappen dalam kategori wanita bawah 63 kg melalui system merit. Kejohanan ini berlangsung bermula dari 20 hingga 27 Mac 2014.

Mereka kini sedang giat menjalankan latihan demi mencapai kecemerlangan di Nanjing China nanti. Diharapkan semua pihak memberi sokongan kepada atlet-atlet pelapis Negara ini dan terus mengharumkan nama Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.