Monday, April 7, 2014

Latihan Jarak Jauh Berbentuk Jelajah Siri ke 2 (Stage 8)

Salam, 

 
Hari ini adalah stage 8 (30hb Mac 2014) dan pelumba membuat kayuhan easy / recovery sahaja. Kayuhan pada hari ini adalah sejauh 70km dan mereka melakukan purata kelajuan iaitu 35km/j (E1 - kadar nadi 65% - 75%). Kayuhan bermula seperti biasa iaitu pada jam 7.15 pagi dan berakhir pada jam 9.30 pagi.

Pelumba yang terlibat dalam latihan kayuhan pada stage ini adalah sama seperti semalam iaitu 7 pelumba lelaki dan 3 pelumba wanita.

Pelumba lelaki
1. Afiq Huznie Othman
2. Akmal Hakim Zakaria
3. Asyraf Naim Ying
4. Ahmad Muazzam Iman
5. Muhammad Danial Aiman
6. Muhammad Izat Tolha
7. Daniel Haikkal

Pelumba wanita
1. Nurul Alissa Azman
2. Nur Rozi Yanti Mat Rodzi
3. Anis Amirah Rosidi

Mereka diiringi oleh 2 orang jurulatih dan seorang mekanik iaitu:
1. Suod Hussain - Jurulatih Pelapis Kebangsaan
2. Muhammad Azri - Jurulatih Pelapis Kebangsaan
3. Mustakim Abd. Kadir - Mekanik Pelapis Kebangsaan

Laluan pada stage ini adalah bermula dari Ipoh menghala ke Batu Gajah, mengikut laluan Seri Iskandar dan ke Kampung Gajah. Mereka berpatah balik setelah jarak kayuhan mencapai 35km, di laluan yang sama semasa pergi untuk pulang ke Ipoh, Perak. Kayuhan recovery ini berjalan dengan baik, kesemua pelumba menamatkan kayuhan dalam satu kumpulan.

Tiada aktiviti yang dilakukan pada sebelah petang, atlet direhatkan sepenuhnya. Esok (31hb. Mac 2014) adalah stage 9 iaitu stage terakhir, para pelumba dijangka akan berkayuh sejauh 220km.  Para pelumba akan bermula dari Ipoh, Perak (tempat penginapan) ke Majlis Sukan Negara, Kuala Lumpur.

Laporan ini disertakan bersama-sama gambar sepanjang kayuhan pada hari ini.
Sekian laporan ringkas untuk stage 8 ini.

Suod Hussain/Muhammad Azri Yusoh
Jurulatih Pelapis Kebangsaan

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.