Thursday, April 10, 2014

PROGRAM JANGKA PANJANG 2020/2024 : PROGRAM T'20


‘WHERE WE TRAIN OUR FUTURE CHAMPION TODAY!’

PROGRAM JANGKA PANJANG 2020/2024 BAKAL MEMBUKA TIRAI
Cawangan Pelapis Majlis Sukan Negara Malaysia sedang berusaha untuk melancarkan satu program bagi memperkasakan prestasi sukan atlet Malaysia yang dinamakan sebagai Program Jangka Panjang 2020/2014. Program ini dilaksanakan sebagai persiapan Negara bagi menghadapi Temasya Sukan Olimpik pada tahun 2020 dan 2024. Melalui program ini sebanyak 13 sukan telah dikenal pasti untuk diberi perhatian dan bantuan sebagai persediaan awal ke arah temasya tersebut. Sukan-sukan yang dimaksudkan ialah akuatik, angkat berat, badminton, berbasikal, gimnastik, hoki, menembak, memanah, olahraga, lawan pedang, pelayaran, taekwondo serta tinju.

Program ini dijadualkan akan berlangsung pada 28 hingga 30 April 2014 bertempat di Janda Baik, Pahang dimana setakat ini lebih 600 orang atlet dari setiap negeri telah disenaraikan untuk menjadi sokongan (complement and supplement) atlet elit dan pelapis kebangsaan yang sedia ada yang masih mampu membawa cabaran Negara ke Temasya Sukan Olimpik pada tahun 2020 nanti.

Atlet yang terlibat merupakan atlet yang berumur dalam lingkungan 13-16 tahun pada tahun 2014. Program Pelapis Negeri yang sedang dilaksanakan di seluruh Negara kini sedang menyediakan kumpulan atlet muda yang berbakat dan mempunyai potensi untuk dinamakan dalam program ini. Melalui program ini lebih ramai atlet muda berbakat boleh dikenalpasti untuk diberi latihan yang lebih komprehensif di peringkat kebangsaan.

Program ini menjadi salah satu platform bagi membangun sukan di Negara Malaysia dan penambahbaikkan akan sentiasa dilakukan setiap masa oleh pasukan pelaksana dengan kerjasama pihak yang terlibat. Perkembangan seterusnya akan terus dikemas kini kepada pembaca blog ini dari masa ke semasa.


1 comment:

  1. Malaysia sebenarnya mempunyai ramai pelapis berbakat dalam acara sukan masing-masing. Cuma kerja keras perlu dilakukan untuk terus menggilap bakat yang berpotensi untuk diketengahkan di masa akan datang.. Terbaik..

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.