Wednesday, April 23, 2014

4 HARI LAGI BERMULA PROGRAM T20

TARIKH : 23 APRIL 2014

Hari ini pasukan pelaksana Program Jangka Panjang 2020/2024 Cawangan Pelapis telah mengadakan satu mesyuarat terakhir bersama pengurusan lokasi Program T'20 bagi memperhalusi lagi perjalanan program yang akan berlansung dalam 4 hari lagi.


Antara topik perbincangan ialah hal-hal penginapan, perjalanan program, penggunaan kemudahan tempat dan keselamatan peserta dan penganjur. Para peserta dan penganjur dijadualkan menginap di dalam kawasan lokasi program bagi memudahkan pergerakan dan ke tempat-tempat aktiviti.

Program T20 yang julung kali diadakan oleh Cawangan Pelapis, Majlis Sukan Negara akan bermula pada 28 April 2014 sehingga 30 April 2014. Pada hari terakhir program, majlis penutupan akan diadakan dan dijangka akan dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dato Seri Zolkples Embong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara. Beberapa wakil dari MSN negeri dan persatuan juga akan turut hadir bagi menyokong program ini.

Terdapat perubahan jumlah pengesahan kehadiran atlet dan jurulatih dimana dijangka 510 orang atlet dan 27 orang jurulatih yang akan hadir. Dijangkakan seramai 551 orang secara keseluruhannya yang melibatkan atlet, jurulatih dan SDO negeri.

Dengan berbaki 4 hari lagi, pasukan pelaksana bertungkus-lumus menyiapkan dan memperbaiki kerja-kerja yang diperlukan. Laporan hari kejadian akan dibawakan dan dikemaskini setiap hari melalui blog rasmi Pelapis.
Teruskan bersama kami!

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.