Monday, April 7, 2014

Latihan Jarak Jauh Berbentuk Jelajah Siri ke 2 (Stage 5)

Salam,


Pada stage 5 hari ini 27hb. Mac 2014 adalah kayuhan dari Bukit Mertajam (Akademi Serantau Zon Utara) ke Kangar, Perlis. Jarak kayuhan pada hari pada hari ini ialah lebih kurang 165km.
Seperti juga kayuhan semalam pelumba- pelumba yang menyertai kayuhan ini adalah terdiri dari :

Pelumba Lelaki :

1. Afiq Huznie Othman
2. Akmal Hakim Zakaria
3. Asyraf Naim Ying
4. Ahmad Muazzam Iman Mustaffa Kamal
5. Eiman Firdaus Zamri
6. Daniel Haikkal
7. Muhammad Izat Tolha
8. Muhammad Danial Aiman

Pelumba wanita :

1. Nurul Alissa binti Azman
2. Nur rozi Yanti Mat Rodzi
3. Anis Amirah Rosidi

Kayuhan ini juga disertai oleh 5 pelumba wanita dari ASZU.
Pegawai-pegawai yang mengiringi sepanjang kayuhan ialah:

1. Suod Hussain - Jurulatih Pelapis Kebangsaan
2. Muhammad Azri Yusoh - Jurulatih Pelapis Kebangsaan
3. Mohamad Hatta - Jurulatih ASZU
4. Mohd. Zamani Mukhtaruddin - Jurulatih ASZU
5. Mustakim Abd. Kadir - Mekanik Pelapis Kebangsaan.

Kayuhan ini bermula di ASZU menghala ke Terminal Feri Butterworth dan jalan- jalan mereka lalui menuju ke distinasi adalah seperti berikut :

- Penang Port
- Bagan Ajam
- Telok Air Tawar
- Kepala Batas
- Bumbong Lima
- Tikam Batu
- Sungai Petani
- Tanjung Dawai
- Bedong
- Gurun
- Alor Setar
- Ayer Itam dan Kangar, Perlis.

Kayuhan ini bermula jam 7.15pm dan sampai di destinasi (Kangar, Perlis) pada jam 11.50am. Diantara effort yang dilakukan sepanjang kayuhan pada hari ini ialah:

1) E1 - 165km ( purata speed 35km/j ).
2) E2 - 20km ( purata speed 43km/j ).
3) E2 - 30km ( purata speed 43km/j )
     - Individu 3km X 2t ( 10m di belakang team sewaktu E2 )
5) E3 - 5km/j ( purata speed 50km/j )

Semua pelumba dapat menamatkan kayuhan dengan jayanya.
Selain itu, 2 pelumba wanita berumur 16 tahun ( Rozi Yanti dan Anis Amirah ) tamatkan kayuhan pada jarak 80km sahaja dan menaiki van.

Pelumba wanita ASZU tidak dapat mengikut rentak kayuhan kami dan membuat kayuhan sendiri sehingga Alor Setar (110km) dan menaiki van.

Pada sebelah petang seorang pelumba lelaki (Eiman Firdaus) akan pulang ke Muar, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan kakaknya dan datang semula menyambung latihan pada 30hb, semasa kami di Ipoh nanti. Bersama ini juga disertakan beberapa keping gambar sepanjang kayuhan kami ke sini.

Sekian laporan ringkas dari saya.

Suod Hussain/Muhammaf Azri Yusof
Jurulatih Pelapis Kebangsaan










No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.