Monday, April 21, 2014

PROGRAM T'20 SEMAKIN HAMPIR


Selama seminggu lagi Program Jangka Panjang 2020/2024 akan bermula iaitu pada 28 April sehingga 30 April 2014. Jumlah terkini yang bakal menyertai program ini nanti ialah seramai 550 atlet dan 29 jurulatih. Atlet-atlet tersebut merupakan atlet di bawah program negeri dan dipilih melalui prestasi mereka di beberapa kejohanan.

Antara jurulatih yang terlibat ialah Ong Jin Kooi yang kini merupakan jurulatih sepenuh masa sukan renang bagi USPTN Selangor. Beliau juga pernah dianugerahkan Anugerah Pegawai Berjasa semasa Anugerah Sukan Selangor 2007 atas sumbangan beliau dalam menaikkan nama negeri Selangor.

Bagi sukan renang berirama, atlet yang dinobatkan sebagai atlet terbaik negara selepas berjaya merangkul 5 emas di Sukan SEA 2011 di Indonesia menjadi sandaran melatih atlet-atlet muda ini. Shareen Png bersama pasangan nya ketika itu, bergandingan dalam dua acara duet iaitu Rutin Teknikal dan Rutin Bebas, turut membantu negara meraih emas dalam acara berpasukan termasuk Kombinasi Bebas untuk membolehkan Malaysia menyapu bersih kesemua lima emas yang dipertandingkan di Palembang.

Sukan berbasikal menampilkan jurulatih berpengalaman, Suod Bin Hussain sebagai penggalas cabaran melatih atlet-atlet ini nanti. Beliau yang juga merupakan jurulatih sepenuh masa Pelapis Kebangsaan MSN telah melatih ramai atlet termasuklah Mohd Firdaus Mohd Zonis, Asyraf Naim Ying dan ramai lagi yang kini merupakan atlet di bawah program Pelapis Kebangsaan. Bersama beliau melatih atlet-atlet berbasikal ini nanti ialah Junaidi Bin Nasir.

Sementara itu sukan memanah menampilkan Othman Bin Abdul Wahab, Wan Khalmizan Aziz serta Izzudin Abdul Rahim sebagai jurulatih. Mereka merupakan bekas Olimpian yang banyak menyumbang pingat kepada negara di dalam kejohanan.

Walaubagaimanapun, perkembangan ini berubah dari masa ke semasa dan akan dibawakan sehinggalah program ini berlansung.

Teruskan bersama kami!

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.