Tarikh : 22 April 2014
Masa : 5:00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Perlis
Karnival Remaja Kebangsaan 01/2014 membuka tirai kejohanan pada 22 April 2014 yang mana melibatkan mesyuarat pengurus pasukan dan seterusnya secara rasmi kejohanan akan bermula pada 23 April 2014. Pada petang ini, mesyuarat pengurus pasukan bagi sukan Angkat Berat telah diadakan yang mana dipengerusikan oleh En. Khairun Haled dari Cawangan Pengurusan Acara,MSN. Mesyuarat ini bertujuan untuk mengesahkan pendaftaran atlet serta penyertaan negeri dan kelab. Sebanyak 17 negeri dan kelab mengambil bahagian. Pengesahan atlet adalah seramai 50 atlet lelaki dan 15 atlet wanita bagi kategori bawah 17 tahun dan manakala kategori terbuka belum disahkan lagi jumlah penyertaan. Wakil dari pihak ISN trut hadir bagi penerangan penggunaan bahan terlarang dalam sukan. Esok akan bermula kejohanan melibatkan peringkat umur bawah 17 tahun bagi kategori lelaki 50 kg, 56 kg, 62 kg,69 kg,77 kg dan 85 kg. Tiada isu dibangkitkan pada mesyuarat ini.
Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.