Saturday, April 19, 2014

LAPORAN HARIAN BENGKEL PENGURUSAN PEGAWAI PEMBANGUNAN NEGERI BIL 2/2014

Tarikh : 16 April 2014
Tempat : Pearl International Hotel

Hari ini merupakan hari terakhir bengkel pengurusan pegawai pembangunan negeri dimana hanya PPN dari Sabah dan Sarawak yang membuat pembentangan.

Setelah pembentangan, rumusan dan ucapan penutupan dari Pengarah Cawangan Pelapis, Encik Jefri Ngadirin. Beliau menyatakan bahawa PPN adalah penggerak di peringkat negeri yang mana amat penting kepada pembangunan atlet dan sukan itu sendiri. Selain itu, beliau turut menyatakan para PPN digalakkan membina hubungan baik dengan atlet untuk lebih kenal atlet- atlet Pelapis negeri. Begitu juga dari segi penganjuran program agar mengadakan lebih banyak lagi program binaan untuk memperbaiki prestasi atlet dan juga jurulatih.

Sikap competent dan bertanggungjawab juga perlu diamalkankan oleh para PPN agar kerja yang dilakukan berkualiti. Bengkel diakhiri dan semua pegawai yang terlibat kembali ke negeri masing- masing. Walaubagaimanapun terdapat segelintir PPN masih meneruskan perjuangan kerana terlibat dengan kejohanan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.