LAPORAN RINGKAS
10 April 2014
10 April 2014
Semua pasukan telah melaporkan diri hari bagi menyertai Kejohanan Sepaktakraw Sirkit Remaja Kebangsaan Siri 1/2014 yang akan berlangsung pada 11-13 April 2014 bertempat di Dewan MSN/MBMB Ayer Keroh Melaka. Sebanyak 14 pasukan (13 PLN & 1 Kelab) telah mengesahkan penyertaan iaitu Perlis, Kedah, P. Pinang, Perak, Selangor, N. Sembilan, Melaka, Johor (SSTMI) , Johor (Tangkak), Pahang, Terengganu, PASTA Terengganu, Kelantan dan Sabah.
Mesyuarat Pengurus Pasukan telah diadakan pada 10 April 2014 jam 8.30 malam bertempat di Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri, Stadium Hang Jebat yang telah dipengerusikan oleh En. Dermawan, MS Negeri Melaka. Turut hadir pada mesyuarat adalah pegawai teknikal dari Persatuan Sepaktakraw N. Melaka.
Mesyuarat berakhir pada jam 10.30 dengan sedikit pindahan pada peraturan iaitu kiraan mata diubah dari 15 mata (best of 5) kepada 21 mata (best of 3) mengikut peraturan baru Persatuan Sepaktakraw Kebangsaan (PSM).
Sekian
Laporan dari Melaka
Laporan dari Melaka
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.