Friday, April 18, 2014

BAHANG PROGRAM T’20 SEMAKIN TERASA!!!


9 hari lagi Program T’20 bakal membuka tirai pada 28 April 2014 di Pusat Ilmu, Janda Baik Pahang nanti. Program jangka panjang ini melibatkan bekas-bekas atlet Negara yang suatu ketika dulu pernah mengharumkan nama Negara.

Antara jurulatih yang bakal terlibat ialah Yeoh Ken Nee, bekas penerjun Negara yang kini sedang berkhidmat sebagai jurulatih sepenuh masa sukan terjun bagi atlet Pelapis Kebangsaan Negara di MSN Bukit Jalil. Beliau merupakan bekas Olympian negara dimana telah menjadi atlet pertama Malaysia layak ke peringkat akhir dalam acara individu dalam Olimpik. Antara kejayaan beliau ialah layak ke Olimpik London tahun lalu sebelum beliau bersara sebagai atlet demi meneruskan perjuangan melatih skuad pelapis kebangsaan Negara. Yeoh Ken Nee bersama Qi Jian Hua menggalas tanggungjawab melatih skuad muda terjun akan datang ini.

Selain itu, di sukan badminton juga turut menamakan Wong Pei Tye bekas pemain badminton wanita negara yang pernah menyertai Olimpik 2004 di Athens yang ketika itu berpasangan dengan Chin Eei Hui dalam acara regu wanita. Seorang lagi jurulatih badminton ialah Alvin Chew yang merupakan finalist Asian Junior Games.

Gimnastik artistik wanita pula menamakan dua jurulatih berpengalaman luar negara Daria Grinkina serta Gergana Kostadinova untuk melatih atlet-atlet muda wanita yang terpilih. Sesungguhnya pihak MSN berusaha keras untuk menjayakan program ini agar membuahkan hasil yang dikehendaki.

Terdapat beberapa lagi jurulatih yang dinamakan untuk sukan-sukan lain dan akan dikemas kini dari masa ke semasa.

Teruskan bersama kami!



No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.