Sunday, April 13, 2014

Latihan atlet angkat berat Pelapis Kebangsaan di Gunung Jerai


Tarikh: 12 April 2014
Tempat: The Regency Jerai Hill

Seramai 7 orang atlet 2 jurulatih dan seorang masseur pada masa kini sedang giat menjalani latihan di Gunung Jerai sebagai persiapan menghadapi kejohanan Angkat Berat Kebangsaan sirkit 2/2014 pada 22 - 26 April 2014 di Perlis.

Persiapan latihan ini juga lebih terarah kepada kelayakan ke sukan komanwel yang mana kesemua atlet atlet ini telah menjalani latihan disini bermula pada 9  April hingga 21 April dan seterusnya akan ke Perlis bagi menghadapi kejohanan disana untuk melayakkan ke sukan komanwel.

Kesemua atlet berada didalam keadaan baik dan tiada sebarang kecederaan. Sesi masseur juga dibuat 2 sesi dimana waktu masseur ditetapkan pada jam 3-6 petang dan 8-10 malam.

Sesi latihan diadakan pada hari Isnin hingga Sabtu petang manakala Ahad tiada latihan diadakan. Setiap sesi berjalan selama 3 jam.

Tempat penginapan disediakan sebuah dorm untuk kesemua atlet dan jurulatih dan tempat latihan terletak berhampiran dengan penginapan. Makanan juga tiada masalah namun jurulatih Stefan telah memohon kepada chef masakan agar mengurangkan minyak dalam masakan.

Sekian.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.