Tarikh : 22 April 2014
Masa : 8:30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat Majlis Sukan Negeri Perlis
Mesyuarat Pengurus Pasukan sukan Tinju bagi Karnival Remaja Kebangsaan 01/2014 telah diadakan pada jam 8:30 malam dan dipengerusikan oleh Pegawai dari Cawangan Acara,MSN iaitu En Ridwan. Pada mesyuarat kali ini seperti kebiasaannya membincangkan pengesahan penyertaan negeri dan atlet. Sebanyak 12 negeri dan 3 kelab telah mengesahkan penyertaan manakala seramai 140 atlet mengesahkan bertanding melibatkan peringkat umur 13-14 tahun,15-16 tahun dan 17-18 tahun. Turut dibangkitkan isu segelintir negeri yang masih tidak melakukan pemeriksaan kesihatan sebelum ke kejohanan. Esok secara rasminya akan diadakan timbang berat pada sesi pagi dan pada jam 2:00 petang akan bermula kejohanan. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 9:30 malam.
Sekian
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.