Tempat : Pearl International Hotel, Kuala Lumpur
Hari ini merupakan hari terakhir bengkel pengurusan pegawai pembangunan negeri bil 2/2014 dimana berbaki PPN dari Sabah dan Sarawak sahaja yang akan membuat pembentangan. PPN dari Sabah membentangkan sukan terjun dan skuasy. Manakala PPN dari Sarawak membentangkan berkenaan sukan gimrama.
Usai pembentangan, rumusan dan penutupan dari Pengarah Cawangan Pelapis Encik Jefri Ngadirin. Beliau menyatakan bahawa PPN atau lebih dikenali sebagai Sport Development Officer (SDO) merupakan penggerak di peringkat negeri yang mana amat penting kepada pembangunan atlet dan sukan itu sendiri. Selain itu, beliau turut menyatakan PPN digalakkan untuk membina hubungan yang baik dengan atlet untuk lebih mengenali atlet-atlet di peringkat pelapis negeri. Begitu juga dari segi penganjuran program agar mengadakan lebih banyak lagi program binaan untuk memperbaiki prestasi atlet dan juga jurulatih.
Tambahan beliau, sikap competent dan responsible juga perlu diamalkan oleh para PPN agar kerja yang dilakukan berkualiti dan mampu mencapai outcome yang dikehendaki.
Program berakhir pada pukul 12.00 tengahari dan semua pegawai check out pada pukul 1.00 petang. Kebanyakan PPN kembali bertugas ke negeri masing-masing. Walaubagaimanapun terdapat beberapa PPN yang ke venue pertandingan kerana terlibat dengan kejohanan.
Sekian laporan.
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.