Friday, July 23, 2010

Invitational Cycling Test Trek Event XIX Commonwealth Games 2010






Salam dan selamat malam MALAYSIA,

Laporan semasa Sempena Kejohanan ‘Invitational Cycling Test Trek Event
XIX Commonwealth Games 2010’ bertempat di Delhi, India pada 21-26
Julai 2010

Tarikh : 22 Julai 2010
Hari : Khamis

Ketibaan pasukan

Pasukan negara telah berangkat dari KLIA pada jam
6.30 petang dan mengambil masa 4.30 jam untuk tiba di Lapangan Terbang
Gandi Delhi, India. Ketibaan kami disana adalah pada jam 9.00 malam
waktu India. Ketibaan kami telah disambut oleh seketariat Sukan
Komenwel dan diringi pasukan polis dari lapangan terbang hingga ke
penginapan rasmi iaitu di HOTEL JANPATH NEW DELHI, INDIA.

Latihan pasukan

Pasukan Malaysia yang diwakili oleh 4 orang atlet
telah menjalani sesi latihan di Indra Gandi Veledrom pada 22 Julai
2010 jam 2.30 hingga 5.00 petang. Turut menyertai sesi latihan
tersebut ialah pasukan dari negara Chinese Taipei dan Australia.
Manakala pasukan tuan rumah telah mengadakan sesi latihan pada jam
9.00 pagi di veledrom tersebut mengikut jadual yang dikhususkan oleh
penganjur . Para atlet negara telah memberi respon positif terhadap
trek di veledrom tersebut dan mereka memaklumkan trek tersebut dalam
kedudukan yang baik dan lebih laju berbanding ditempat lain.

Venue Pertandingan

Saya telah dimaklumkan oleh wakil UCI iaitu encik
william bahawa veledrom tersebut telah siap sepenuhnya. Namun begitu,
dalam masa yang sama masih terdapat kerja-kerja tambahan di sekitar
kawasan veledrom berkenaan. Dijangkankan pada 23 Julai 2010 (Jumaat)
Perdana Menteri India akan melawat Veledrom semasa atlet telibat
dengan kejohanan berkenaan.

Keselamatan pasukan

Setiap negara jemputan telah disediakan dengan
pasukan khas polis bagi menjaga keselamatan pasukan terutamanya di
hotel penginapan dan di venue pertandingan. Setiap pergerakan dari
hotel ke venue akan turut disertai oleh sepasukan polis beserta dengan
senjata masing-masing. Pihak polis juga menasihati kami agar sentiasa
berjalan didalam satu pasukan apabila keluar dari hotel bagi
mengelakkan perkara yang tidak diingini.

Makanan

Secara keseluruhannya makanan yang disediakan oleh penganjur
kepada atlet amat memuaskan dan makanan tersebut sinonim dengan
makanan di Malaysia seperti nasi, dal, kari, nan , utappam dan
sebagainya. Kami telah disediakan sarapan pagi pada jam 6-9 pagi,
makan tengahari jam 11-1 petang dan manakala makan malam ialah mulai
jam 7-9 malam. Selain pihak penganjur menyediakan makanan di hotel
rasmi, di venue pertandingan juga ada disediakan makanan ringan bagi
para atlet yang terlibat dengan kejohanan ini.

Masa :

Pasukan Malaysia terpaksa mengikut masa tempatan memandangkan
beza masa di India lewat 2.30 jam berbanding di Malaysia. Sebagai
contohnya India terkini jam 9.00 malam dan di Malaysia jam 11.30
malam. Saya selalu memantau pergerakan atlet termasuk jurulatih agar
mematuhi masa dan rehat lebih awal bagi mempersiapkan diri untuk
kejohanan pada hari berikutnya. Buat masa ini para atlet mematuhi
arahan dan sentiasa peka terhadap maklumat yang diberikan. Walaupun
atlet terpaksa mengharungi bunyi-bunyi HON yang senantiasa menenangkan
jiwa, semangat kental yang ditunjukkan oleh atlet negara amat
membanggakan.

Persekitaran : Kami disini tidak mampu bertahan lama untuk
bersiar-siar dikawasan sekitar memandangkan terdapat habuk yang banyak
dan turut dipenuhi dengan penduduk haram disekitar jalan di delhi
serta kekotoran di kawasan sekililing bandar Delhi. Penduduk haram di
Delhi juga boleh membuang najis dimerata-rata tempat tanpa dihalang
atau diganggu oleh pihak berkuasa dan perkara ini jarang didengar di
negara bertuah seperti Malaysia.

Jadual pertandingan HARI PERTAMA

Tarikh : 23 Julai 2010
Hari : Jumaat
Masa mula : 3.00 petang


Muhamad Faiz Syarifuddin Bin Abd Kadir : Time Trial Individual Persuit
Mohamad Fakahruddin Bin Dawod : Time Trial
Mohd Farhan Amri Bin Zaid : Time Trail
Muhammad Shobry Bin Abdullah : Individual Persuit


Sekian berita terkini dan laporan dari masa ke semasa akan dimaklumkan
secara terus dari New Delhi, India.

Terima kasih.


MEOR SHAHRIMAN
PENGURUS BASIKAL PASUKAN MALAYSIA

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.