Monday, July 26, 2010

Kem Bakat Angkat Berat Wanita Bawah 15 Tahun





Tarikh : 25 Julai hingga 30 Julai 2010
Tempat : Dewan Latihan Angkat Berat, Wisma Majlis Sukan Negeri Kelantan.
Atlit : 17 orang
Jurulatih : 5 orang

Latihan pada hari ini iaitu pada sesi pagi di pantau oleh 5 orang jurulatih yang terdiri daripada Mohd Norshah Rizal Ruslan (JPM Kedah), Nordin Jusoh (JPM Kelantan), Mohd Faizulzalham Sazaly (JSM P.Pinang), Mohd Aizat Zaini (Serantau) dan Zamzuri Dollah (JSM Johor). Manakala pada sesi petang latihan seperti biasa tetapi seorang pegawai daripada Unit Biomekanik, ISN telah merakam setiap angkatan atlit angkat berat wanita untuk tujuan analisis pergerakan yang akan diperjelaskan lagi pada sesi malam iaitu sesi analisis sukan.
Pada sesi malam yang bermula tepat pada pukul 8.00malam, pegawai ISN iaitu Pri Chaskar dari Unti Biomekanik menjelaskan tentang teknik angkatan yang sepatutnya dilakukan dan kesalahan yang dilakukan oleh setiap atlet yang dirakam. Sesi pada malam itu semakin rancak dengan penglibatan yang sangat aktif daripada Nordin Jusoh, Mohd Faizulzalham Sazaly dan Mohd Aizat Zaini yang sentiasa memberikan pendapat dan penjelasan dalam setiap angkatan yang dirakam. Sesi malam tamat pada pukul 10 malam. Pada keesokkan hari (26 Julai) sesi pagi adalah ujian kecergasan yang akan dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai dari ISN.

--
ADAM BIN SHAZAN AMIR
PPA(P8)

2 comments:

  1. WAN NOORASRIZAL MOHD NOORAugust 8, 2010 at 8:13 AM

    As'kum.....

    Saya Wan Noorasrizal Mohd Noor, Ketua Pusat Satelit ISN Negeri Kelantan (PSISNNK)ingin memberi komen tambahan.

    Saya rasa saudara Adam mungkin terlupa dengan penglibatan pegawai-pegawai PSISNNK dalam menjayakan kem tersebut. Antara yang terlibat ialah saya sendiri, Cik Rohana Yusuf dan juga Cik Ayuni Ibrahim. Saya juga bertanggungjawab dalam menguruskan kehadiran pegawai biomekaknik & fisioterapi untuk menjayakan program ini. Kalau saudara Adam setuju, saya boleh sertakan gambar2 yang terbabit.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih atas makluman. Bagi pihak Cawangan Pelapis, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Pusat Satalite Kelantan kerana membantu menjayakan Kem Angkat Berat. Semoga kerjasama seperti ini dapat diteruskan dan diperhebatkan demi pembangunan sukan di negara ini.

    ReplyDelete

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.