LAWATAN CDM SUKAN KOMANWEL XIX DELHI 2010 KE SESI LATIHAN SUKAN MEMANAH, PING PONG, PARA AKUATIK & PARA OLAHRAGA DI MSN (29 JULAI 2010)
Sesi lawatan oleh Y.Bhg Tan Sri Abdul Halil Abdul Mutalif, Chief De Mission (CDM) Temasya Sukan Komanwel XIX Delhi 2010 dimulakan dengan lawatan ke sesi latihan pasukan memanah di Lapang Sasar Memanah, MSN pada jam 9.30 pagi dengan diiringi oleh En Ariffin Abdul Ghani, Pengarah Cawangan Elit MSN, Tn Hj Abdul Hamid Hassan, Team Leader Pasukan Memanah bersama dengan urusetia sekretariat kontinjen yang lain. Y.Bhg Tan Sri CDM telah yang juga merupakan Presiden kepada Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) telah memberikan kata-kata semangat kepada kepada semua atlet-atlet memanah Kebangsaan yang diketuai oleh Cheng Chu Sian & S.Anbarasi.
Seterusnya, sesi lawatan Y.Bhg Tan Sri CDM diteruskan dengan meninjau latihan atlet-atlet ping pong Kebangsaan di Gimnasium 3 MSN dimana En Chan Foong Keong, Setiausaha Kehormat PTAM bersama En Soong Poh Wah, Team Leader Pasukan Ping Pong turut mengiringi serta memberikan penerangan mengenai persiapan atlet-atlet ping pong ke arah temasya ini. Y.Bhg Tan Sri CDM telah menunjukkan bakat terpendam beliau apabila turut menguji kekuatan 2 atlet ping pong negara dengan bermain bersama Muhd Shakirin Ibrahim dan Beh Lee Wei.
Y.Bhg Tan Sri CDM seterusnya mengambil kesempatan dengan berjumpa bersama atlet Paralimpik negara bagi sukan Para Akuatik iaitu Fraidden Dawan dan David Wangyu Kulek serta atlet Para Olahraga iaitu Eryanto Bahtiar dan Ahmad Rafee Ariffin. Sesi penerangan bagi persiapan atlet Paralimpik ini telah diberikan oleh En Mohd Safrushahar Yusof, Pengarah Cawangan Paralimpik MSN bersama Dr S. Radha Krishnan, Team Leader Pasukan Paralimpik. Perjumpaan dengan 4 atlet Power Lifting tidak dapat diadakan kerana mereka ketika ini sedang beraksi di Kejohanan '2010 IPC Power Lifting World Championship' di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur (25-30 Julai 2010).
Secara keseluruhan, pihak Y.Bhg Tan Sri CDM amat berpuas hati dengan persiapan sebelum temasya ini berlangsung bagi pasukan memanah, ping pong dan Paralimpik ini dimana keselesaan atlet telah disediakan dengan amat baik oleh pihak MSN melalui Cawangan Elit bagi keseluruhan pelaksanaan program latihan, kemudahan penginapan, makan dan pengangkutan. Tiada sebarang masalah dibangkitkan oleh para atlet-atlet ini kepada pihak Y.Bhg Tan Sri CDM dan mereka berjanji untuk memberikan prestasi yang terbaik semasa temasya ini berlangsung nanti. Y.Bhg Tan Sri CDM juga mengingatkan kepada semua atlet agar tidak menganggap segalanya terbaik disediakan oleh pihak penganjur (Organizing Comitte) dari segi kemudahan-kemudahan yang disediakan semasa temasya berlangsung nanti serta berharap semua atlet dapat menjaga pemakanan masing-masing terutamanya berhati-hati semasa mengambil air minuman yang disediakan nanti.
Sesi lawatan Y.Bhg Tan Sri CDM tamat pada jam 11.30 pagi selepas sesi sidang akhbar bersama pihak media.
Terima kasih.
Mohd Yazid Hj Shoib
Ketua Unit Pelapis Negeri
Cawangan Pelapis, MSN
Thursday, July 29, 2010
LAWATAN CDM SUKAN KOMANWEL XIX DELHI 2010 KE SESI LATIHAN SUKAN MEMANAH, PING PONG, PARA AKUATIK & PARA OLAHRAGA DI MSN (29 JULAI 2010)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.