Saturday, July 10, 2010

Kejohanan Putrajaya Sailing Week 2010



Salam, Laporan ringkas kejohanan Putrajaya Sailing Week 2010

Penyertaan seramai 47 pelayar optimist (2 pelayar Pelapis) dan termasuk dari Hong Kong, Indonesia, serta Singapura.
Hari pertama kejohanan dimulakan dengan acara marathon. Pertandingan dimulakan pada jam 1515.

Keadaan angin yang bertiup perlahan dan kadang kala kuat sekitar 3-5knots sedikit sebanyak mengelirukan para pelayar untuk memilih side yang sesuai untuk berlayar. Permulaan yang baik bagi pelayar Pelapis dengan Nuraisyah mendahului peserta lain apabila tiba di penanda pertama pada kedudukan pertama dan diekori rapat oleh pelayar lain. Sementara itu Nur Vela Sari berada di kedudukan ke empat.


Keadaan angin yang tidak menentu menyebabkan Nuraisyah terlepas dua kedudukan dan tamat di tempat ketiga. Sementara itu Nur Vela pula menghadapi tindakan daripada Juri apabila dikenakan penalti kerana melanggar undang-undang 42.2 (prohibited action - rocking) dan menyebabkan beliau terpaksa melakukan dua pusingan penalti sekali gus jatuh ke tempat ke enam.

Selain itu, pelayar yang dicadangkan untuk menyertai pasukan Pelapis kebangsaan, Nur Shazrin dari Johor menamatkan perlumbaan dengan baik sekali di tempat kedua dan Efiezal Redza dari Neg,Sembilan pertama.

Perlumbaan tamat pada jam 1630. Perlumbaan individu akan dimulakan pada hari ini dan masih menunggu angin sehingga setakat ini.

Sekian laporan saya,
Muhammad Rezaki Bin Shoib
Jurulatih.

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.