Tuesday, July 13, 2010

LAPORAN HARIAN KEM BAKAT BERBASIKAL TREK PELAPIS 02/10


12 JULAI 2010 (ISNIN)

CUACA : 
PAGI     - BAIK 
PETANG - BAIK 

PROGRAM

Sesi Pagi

Masa : 8.00 pg

Oleh kerana hujan telah turun dengan lebat pada malam semalam, trek tidak dapat digunakan pada awal pagi ini kerana masih berada dalam keadaan basah dan ini akan membahayakn peserta kem. Oleh yang demikian, para jurulatih telah mengubah program dengan membawa para peserta untuk berkayuh di lebuhraya sejauh 40KM. Kayuhan ini diketuai oleh coach Rosli Salleh.

Masa : 10.00 pg - 12.00 tghari

Para atlet diberikan latihan di dalam trek dan seterusnya mereka diberikan satu pertandingan iaitu acara Elimination Race.

Sesi Petang

Masa : 2.30 ptg - 4.30 ptg

Terdapat 2 sesi yang dijalankan serentak. Para peserta dikendalikan oleh Unit Fisiologi dari Institut Sukan Negara manakala para jurulatih pula diberikan satu slot sesi perjumpaan bersama Datuk Ng Joo Ngan. Antara perkara yang dibincangkan pada perjumpaan kali ini ialah tentang Disiplin jurulatih, perancangan setengah tahun, laporan pusat dari jurulatih dan juga bertukar pandangan antara sesama jurulatih untuk membangunkan sukan berbasikal di negeri masing-masing.

Masa : 5.00 ptg - 6.30 ptg

Aktiviti mencuci basikal
   

Sesi Malam
 
Rehat kerana besok akan ada mini race yang melibatkan 4 acara iaitu:-
1. Individual Pursuit
2. 200M Sprint
3. 750M Time Trial
4. Scratch Race

Diharapkan pada pertandingan ini, para peserta dapat mempraktikan segala ilmu dan juga pengalaman yang telah diberikan pada sepanjang seminggu mereka di ipoh ini.  
-- 
Sekian, itu sahaja laporan saya untuk hari ini.


--
RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN
CAWANGAN PELAPIS
MAJLIS SUKAN NEGARA MALAYSIA
http://pelapisfuturechampions.blogspot.com/

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.