Sunday, July 11, 2010

LAPORAN HARIAN KEM BAKAT BERBASIKAL TREK PELAPIS 02/10



Tarikh : 11 JULAI 2010 (AHAD)
CUACA :  PAGI - BAIK /PETANG - HUJAN 

PROGRAM
Sesi Pagi Masa : 8.00 pg - 12.00 Tghari


Pada hari ketiga ini, para peserta kem telah diberikan latihan dan tunjuk ajar yang lebih spesifik bagi acara Team Sprint dan juga Team Pursuit. Komitmen peserta kem amat membanggakan dari segi disiplin dan juga komitmen. Para jurulatih amat berpuas hati dengan peserta kem yang memberikan kerjasama yang baik dan juga mudah memahami segala maklumat yang disampaikan. Unit Psikologi dari Institut Sukan Negara telah mengadakan satu slot bersama peserta kem.

Sesi malam pula telah dikendalikan oleh Bahagian Nutrition, Institut Sukan Negara. Antara pengisian program yang diberikan ialah cara pengambilan makanan yang betul sebagai seorang atlet, waktu makan, kepentingan suplement, dan pelbagai lagi.

Kemalangan/Kecederaan/Tidak sihat

Terdapat satu kemalangan di dalam Trek yang melibatkan atlet dari negeri Selangor iaitu Mohd Firdaus B. Mohd Zonis. Atlet ini telah dibawa terus ke Hospital Besar Ipoh bagi mendapatkan rawatan kecemasan. Doktor mengesahkan yang tulang bahu sebelah kiri atlet tersebut telah mengalami keretakan dan diberikan rehat selama 2 minggu. Pihak urusetia kem telah memaklumkan hal ini kepada ahli keluarga atlet tersebut.

Sekian, itu sahaja laporan saya untuk hari ini.

RASHID RAMLI
PENGURUS SUKAN

No comments:

Post a Comment

Please be moderate and respect each other when leave your comments in this blog. The objective of this blog is to promote Pelapis Program not to discuss any irrelevant issues other the sports. All positive comments and suggestion are always welcome.